• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2019: Cuepacs Mohon Kaji Semula Kenaikan Gaji Penjawat Awam

oleh
04/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengkaji​ semula​​​ pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) penjawat awam.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata ini kerana majoriti penjawat awam di bandar-bandar besar seperti Lembah Klang, Johor dan Selangor menghadapi kos sara hidup yang tinggi dan membebankan mereka.

“Kerajaan wajar memberi keutamaan terhadap kebajikan penjawat awam yang banyak memberi sumbangan terhadap kemajuan negara,” katanya kepada pemberita selepas kunjung hormat ke atas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man di pejabat Menteri Besar di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata kerajaan tidak terikat dengan KGT yang dijanjikan pentadbiran terdahulu walaupun melihat KGT secara positif sama ada penjawat awam berhak diberi elaun tambahan atau bantuan dalam bentuk lain.

Dr Mahathir juga mengumumkan peruntukan Bajet 2019 lebih kecil berbanding sebelum ini termasuk memotong bantuan sara hidup berperingkat-peringkat kerana ekonomi negara tidak memberangsangkan.

Azih berkata Bajet 2019 nanti tidak harus mengenepikan hak penjawat awam.

Beliau beerharap kerajaan mengkaji harga rumah khususnya untuk penjawat awam sebagai insentif serta membantu mengekang kenaikan harga rumah yang terlalu tinggi agar mereka mampu memiliki rumah sendiri sebelum bersara. – BERNAMA

Tags: CuepacsGaji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd