• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2019…Bajet Korban

oleh Ahmad Albab
09/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada 2 November ini bakal berbentuk bajet yang sangat berhemah.

Jelasnya, bentuk bajet 2019 direncana berhemah kerana keadaan ekonomi negara yang tidak berapa memberangsangkan sekarang.

Oleh itu katanya, pengorbanan daripada semua pihak dituntut untuk menerima seadanya bajet berkenaan.

“Bajet mesti cermat kita tak boleh belanja lebih daripada pendapatan kita, kita tahu untuk diri kita pun kalau kita belanja lebih kita terikat dengan hutang dan sebagainya… jadi kita tak bolehlah nak layan sebahagian macam-macam permintaan.

“Dan kita terpaksa terima kita kena berkorban kalau negara lain korban macam di negara Greece lebih teruk lagi tapi kalau kita tak sanggup terima keperluan berkorban kita tak boleh pulih negara kita,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian dan Malaysiakini di Yayasan Kepimpinan Perdana baru-baru ini.

Justeru menyimpulkan bajet 2019, Dr Mahathir berkata, “Bajet yang kena korban… dan semua orang kena korban.”

Kerajaan sebelum ini mengalu-alukan pandangan rakyat Malaysia bagi proses penyediaan Belanjawan 2019 yang akan dibentang pada bulan November nanti.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, cadangan itu boleh disalurkan ke laman sesawang belanjawan2019.treasury.gov.my

Laman ini akan mula beroperasi dari 28 Ogos sehingga 30 September 2018.

Rakyat juga boleh berkongsi idea dengan Kerajaan Persekutuan di Facebook, Instagram dan Twitter dengan menggunakan tanda pagar #belanjawan2019.

Kementerian Kewangan juga sedang memperhebatkan perbicangan dengan pelbagai pihak berkaitan bagi mendapatkan input dalam menyediakan Belanjawan 2019. – Sinar Harian Online

Tags: Bajet 2019
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan PH ‘Tipu’ Jumlah Defisit Negara – Najib

24/10/2019
0

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memungkiri janji apabila jumlah defisit...

Kerajaan Akan Cuba Bantu Mahasiswa Kalau Ada Bajet

20/03/2019
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyediakan makanan percuma kepada mahasiswa universiti awam jika mempunyai peruntukan cukup, kata Perdana Menteri, Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd