• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Telah Jadi Dengan Dua Lagi Tuduhan Ini?

oleh Cj Mnh
06/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan apa sudah jadi dengan dua tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau sebelum pilihan raya umum yang lalu iaitu berkaitan dengan kehilangan RM160 bilion dan 40,000 hektar tanah Kementerian Pertahanan.

Menurut Najib, walaupun selepas lima bulan memerintah, pihak yang membuat tuduhan tidak pernah mengumumkan hasil siasatan tuduhan yang dibuat itu.

Berikut kenyataan penuh Najib:

Sebelum PRU14, kita dengar tuduhan-tuduhan seperti Melaka Gateway, Forest City dan Taman perindustrian MCKIP di Kuantan di mana ia kini ternyata fitnah terhadap saya.

(Baru saya tahu cara penyelesaian isu “jual negara” ialah dengan merendahkan tembok kilang besi sebanyak 1.2 meter (3.9 kaki). Mengapa dulu tak beritahu?)

Saya juga ingin bertanya mengenai dua lagi tuduhan yang amat berat yang dibuat terhadap saya sebelum PRU14.

Yang pertama ialah tuduhan Tun Dr Mahathir bahawa sebanyak RM160 bilion telah ‘hilang’ dari dana rizab BNM di bawah pentadbiran saya di mana ia disamakan dengan RM31.5 bilion (bersamaan dengan RM100 bilion pada hari ini) yang lesap akibat pertaruhan FOREX ketika beliau menerajui pentadbiran kerajaan pada tahun 90-an, dah sudahpun disahkan oleh RCI.

(Wang rizab antarabangsa BNM RM160 bilion ini bukan hilang atau di curi tetapi ditukar dari matawang asing kepada Ringgit dalam usaha mempertahankan nilai Ringgit pada waktu itu. Ia tidak sama dengan kehilangan akibat kalah judi opsyen Forex dalam skandal tahun 1990an itu)

Kedua ialah tuduhan Tan Sri Rafidah Aziz sebulan sebelum PRU14 di mana bekas menteri ini memulakan kenyataan tuduhannya dengan ayat “Saya bersaksi dengan Allah” dan diakhiri dengan “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” kononnya 40,000 hektar tanah telah diswastakan kepada syarikat milik 3 individu dan mereka kini memiliki ‘setiap inci tanah’ Kementerian Pertahanan atau pihak tentera.

Nama Allah telah digunakan untuk melemparkan tuduhan. Ini satu tuduhan palsu yang amat berat yang digunakan untuk menaikkan kemarahan undi tentera sebelum PRU14.

Kini, PH telah memegang Putrajaya selama 5 bulan dan boleh merujuk dan membuat siasatan sesuka hati untuk mencari bukti tetapi hingga sekarang, tiada pengumuman ataupun kenyataan pernah dibuat mengenai kedua-dua tuduhan yang amat serius ini.

Apa telah jadi dengan dua lagi tuduhan ini? – UTUSAN ONLINE

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razaktuduhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd