• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Tiru Aksi MGR

oleh Cj Mnh
07/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menonjolkan bakat tarian yang dimilikinya semasa menghadiri Majlis Malam Komuniti India di Desa Menteri, hari ini.

Beliau naik ke pentas dan meniru aksi pelakon filem Tamil popular, mendiang MG Ramachandran (MGR) yang dipersembahkan oleh penghibur tempatan.

Persembahannya itu disaksikan lebih 500 penduduk setempat yang menghadiri program terbabit bersempena kempen Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar.

MGR bukan sekadar bintang filem Tamil, sebaliknya beliau turut mengasaskan parti politiknya, All India Dravida Munnetra Kazhagam pada 1972.

Beliau mempromosikan parti dan karier politiknya dalam setiap filem yang dibintangi termasuk melalui lagunya yang bersifat patriotik.

Taktiknya berkesan apabila dipilih sebagai wakil rakyat dan dilantik sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu dari 1977 hingga kematiannya pada 1987.

Anwar dalam ucapannya berkata, rakyat perlu keluar mengundi bagi memastikan DUN Seri Setia kekal di bawah kerajaan PH.

Katanya, PH akan menjaga kebajikan rakyat merangkumi semua kaum namun, setiap individu bertanggungjawab untuk keluar mengundi.

“Tolong kerajaan supaya kerajaan dapat tolong rakyat dan angkat wakil yang boleh berjuang untuk kita.

“Kita kuatkan pentadbiran dan beri sepenuh kuasa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menangkap wakil rakyat dan menteri yang terbabit dalam salah laku.

“Biar mereka masuk ke dalam (penjara Sungai Buloh),” katanya. – BH Online

Tags: Anwar Ibrahimmenari
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd