• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Mahu Fokus Kempen, Enggan Peduli Saiful

oleh
29/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu mempedulikan tindakan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang turut bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Ketua Umum PKR itu sebaliknya berkata beliau mahu menumpukan kepada kempennya bersama jentera PH untuk meraih sokongan pengundi dan memenangi pilihan raya itu.

“Kita kerajaan PH di bawah pimpinan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kita mahu bantu dia di Parlimen dan saya mahu melihat apa program yang dapat saya lakukan untuk rakyat Port Dickson,” katanya.

Beliau diminta mengulas sama ada penyertaan Saiful Bukhari sebagai calon dalam pilihan raya itu akan membangkitkan kisah-kisah lama antara kedua-dua mereka.

Anwar dan Mohd Saiful Bukhari hari ini diumumkan sebagai calon bagi PRK itu selain lima lagi calon.

Mohd Saiful Bukhari, 33, adalah individu utama dalam kes Liwat II yang menyebabkan Anwar dipenjarakan.

Ditanya mengenai tindakan penyokongnya yang mengejek Mohd Saiful Bukhari ketika pengumuman calon, Anwar berkata beliau akan menasihatkan mereka untuk tidak melakukannya perkara sedemikian.

“Memang mudah untuk saya berkata ‘maafkan dan lupakan saja’ tetapi anda perlu menghargai keprihatinan banyak pihak yang menanggung duka dan derita untuk tujuan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata beliau tidak pasti sama ada saingan tujuh penjuru pada PRK itu akan sengit ataupun sebaliknya dan menjelaskan bahawa walaupun parti pembangkang utama UMNO tidak meletakkan calon, beliau tidak menganggap ia laluan mudah untuknya.

“Saya akan kerja kuat dan saya ucap terima kasih kepada jentera parti dan semua parti dalam PH yang bersama membantu dan kita akan bekerja kuat,” katanya.

Mengenai fokus utamanya jika dipilih sebagai wakil rakyat kawasan itu, Anwar berkata beliau akan menumpukan kepada usaha pembangunan perumahan, pendidikan, peluang pekerjaan dan menjadikan kawasan peranginan itu lebih menarik.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Port Dickson pada 13 Oktober ini manakala pengundian awal pada 9 Oktober.

PRK itu yang diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada 12 September lepas yang bertujuan bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding di kerusi itu untuk kembali ke Dewan Rakyat.

Pada PRU ke-14 lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi, menewaskan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS. — BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimPRK Port DicksonSaiful Bukhari
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Muslimat, Pemuda PAS Di Perhimpunan Agung UMNO

Next Post

Malaysia Baharu Diselaputi Pelbagai Kecelaruan

Related Posts

Shell Bakal Tambah Pelaburan Lebih RM9 Bilion: PM

Shell Bakal Tambah Pelaburan Lebih RM9 Bilion: PM

17/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Shell bakal menambah pelaburan melebihi RM9 bilion dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, kata Datuk Seri...

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman difailkan terhadapnya pada 2021...

Next Post

Malaysia Baharu Diselaputi Pelbagai Kecelaruan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd