• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Tentera Didakwa Salah Guna Wang Milik Anggota Polis

oleh Ahmad Albab
03/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan wang bukan miliknya pada Mac hingga April lepas.

Tertuduh Koperal Hafizan Mohd Norwawi, 30, yang bertugas sebagai pembantu automotif di Kem Batu 10, di sini membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Azizah Aling.

Mengikut kertas pertuduhan, Hafizan pada 24 Mac hingga 22 April lepas bertempat di mesin juruwang automatik (ATM) Maybank Petronas Jaya Gading, di sini didapati dengan curangnya telah menyalahgunakan wang berjumlah RM36,113.32 kepunyaan seorang anggota polis.

Sehubungan itu dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dengan sebat dan juga boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Insp P. Prabu, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan kemudian menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 terhadap tertuduh sementara menunggu tarikh sebutan, bagaimanapun Hafizan yang masih bujang merayu agar mahkamah menetapkan kadar jaminan yang lebih rendah memandangkan dia terpaksa menanggung kedua ibu bapanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Okt sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,0000. – BERNAMA

Tags: Anggota Tenterakes mahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

Tunku Mahkota Ismail Tunai Solat Jumaat Bersama Anggota Tentera

Tunku Mahkota Ismail Tunai Solat Jumaat Bersama Anggota Tentera

05/06/2026
0

MERSING – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor berangkat menunaikan solat Jumaat bersama anggota tentera di Masjid Kem Seri Iskandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd