• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AMK Dakwa Setiausaha Politik Terlibat Salah Guna Kuasa

oleh Ahmad Albab
25/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan Ahmad Syukri Che Ab Razab hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa seorang setiausaha politik di sebuah kementerian.

Ahmad Syukri berkata individu yang disifatkan sebagai seorang cukup ‘senior’ serta turut bertanding bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan ketua cabang itu didakwa melakukan perbuatan itu pada satu mesyuarat yang dipercayai berlangsung 1 Sept lalu.

“Dalam mesyuarat tersebut, setiausaha politik terbabit telah menawarkan kontrak pembangunan atau pembaikpulihan infrastruktur bernilai RM20,000 kepada setiap pemimpin-pemimpin setempat yang hadir.

“Individu itu juga memaklumkan bahawa beliau akan mendapat peruntukan RM300,000 dari sebuah kementerian lain yang perlu dihabiskan hujung tahun ini selain bakal mendapat kontrak dari satu lagi kementerian yang akan diagihkan kepada pemimpin setempat,” katanya.

Bercakap kepada pemberita di luar perkarangan Ibu Pejabat SPRM di sini, Ahmad Syukri berkata maklumat itu diperoleh menerusi satu pemacu pena (pendrive) yang diserahkan oleh seorang pengadu kepadanya pada 24 Sept lepas.

Ahmad Syukri mendakwa tawaran itu juga mempunyai kaitan dengan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sedang berlangsung bermula 5 Ogos lepas sehingga November depan.

Beliau menyerahkan bukti berupa surat aduan pengadu pertama, gambar berkaitan mesyuarat, rakaman suara serta beberapa lampiran lain dan berharap SPRM dapat melakukan siasatan menyeluruh berhubung perkara itu. – BERNAMA

Tags: AMKSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd