• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Al-Ishsal Ishak Dilantik Pengerusi SKMM Baharu

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Bhd, Al-Ishsal Ishak dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang baharu, untuk tempoh dua tahun, berkuatkuasa 1 Okt ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dalam kenyataan hari ini berkata Al-Ishsal Ishak merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia dan biasiswa Japan Airlines di Sophia University, Tokyo.

Selepas tamat pengajian, beliau menceburi bidang keusahawanan dalam arena digital dari tahun 1994 sehingga 2008, kata Gobind.

Al-Ishsal kemudiannya menjadi Ketua Pegawai Digital McCann Ericsson Worldgroup; Ketua Pegawai Eksekutif Baraka Telecom; Naib Presiden Kanan, Pemasaran dan Produk di Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad; dan Ketua Kumpulan Ancilliary AirAsia serta pelbagai jawatan pegawai kanan di Tune Group.

Al-Ishsal juga merupakan Pengarah Urusan Asia Tenggara ECO Capacity Exchange Ltd (London) serta pelatih dan perunding untuk Kumpulan Airbus sebelum menyertai Pos Malaysia Berhad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

Selain itu, Al-Ishsal pernah berkhidmat di Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan merupakan bekas ahli Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC), kata Gobind. – BERNAMA

Tags: Gobind Singh DeoSKMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gobind Cuba Salahkan Kerajaan Johor Isu Network School?

Gobind Cuba Salahkan Kerajaan Johor Isu Network School?

23/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See membidas Menteri Digital, Gobind Singh...

“Jangan Kita Lupa Skandal 1MDB” – Gobind

“Jangan Kita Lupa Skandal 1MDB” – Gobind

03/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Digital, Gobind Singh Deo mengingatkan rakyat Johor supaya tidak melupakan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd