• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 Akan Dipinda

oleh
04/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) 1998 akan dipinda bagi memperketatkan beberapa peruntukan undang-undang yang sering dianggap sangat luas.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata CMA adalah jauh lebih besar daripada Seksyen 233 dan 211 kerana ia berkaitan banyak perkara lain.

“Ia adalah satu undang-undang yang secara dasarnya berkaitan dengan kewujudan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), rangka kerja pengawalseliaan, syarikat telekomunikasi dan sebagainya.

“Jadi, jika anda bercakap mengenai memansuhkan keseluruhan Akta, maka saya fikir itu sesuatu yang tidak dapat dilakukan pada masa ini,” katanya dalam temu bual dengan Radio BFM, di sini, hari ini.

Seksyen 233 adalah berkenaan penyalahgunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian manakala Seksyen 211 berkaitan larangan penerbitan kandungan yang menyinggung di Internet.

Menjelaskan perkara tersebut, Gobind Singh berkata orang ramai perlu faham bahawa terdapat dua perkara yang berkaitan dengan pemansuhan dan pindaan perundangan seperti yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

“Pertamanya, bercakap tentang senarai undang-undang yang perlu dimansuhkan dan keduanya ia menyatakan mengenai senarai undang-undang yang perlu dipinda,” katanya.

“Oleh itu, langkah untuk meminda Seksyen 233 adalah untuk mengelakkannya daripada disalah guna dan ini selari dengan janji PH seperti dalam manifesto kami,” katanya sambil menambah bahawa langkah itu juga bertujuan memansuhkan unsur-unsur bersifat “draconian”.

Menteri berkata, pada masa lalu aduan berkaitan Seksyen 233 bahawa ianya telah digunakan terutamanya terhadap anggota-anggota Pembangkang di mana sesetengah daripada mereka telah didakwa, terutamanya sebahagian besar pemimpin Pembangkang sebelum ini, yang kini merupakan anggota kerajaan.

“Jadi, apa yang kita lihat adalah satu senario di mana anda mempunyai satu peruntukan yang sangat luas dan kerana ia begitu luas, ia boleh digunakan dengan mudah terhadap hampir semua orang.

“Saya fikir apa yang perlu kita lakukan ialah melihat (Seksyen) 233 dan membincangkan bagaimana kita dapat mengetatkan peruntukan ini, untuk memastikan tidak ada penganiayaan politik, untuk memastikan tiada penyalahgunaan, untuk memastikan bahawa ada keadilan dan untuk memastikan bahawa akhirnya apa yang kita ada ialah untuk melihat objektif peruntukan tersebut dilaksanakan yang mana untuk mengawal selia media secara adil,” katanya.

Sementara itu, Gobind Singh berkata pengawal selia seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mestilah neutral bagi memastikan mereka berfungsi dengan berkesan bermula dengan menghentikan amalan menggunakan lantikan politik untuk mengetuai sebuah organisasi seperti itu.

“Dalam rejim BN sebelum ini, kita mempunyai situasi di mana lantikan politik tersebut menetapkan bagaimana perkara-perkara tertentu dilakukan seperti menetapkan dasar. Lantikan politik dalam institusi seperti SKMM perlu dihapuskan,” katanya.

Beliau mengulas soalan yang dikemukakan kepadanya berkaitan bekas ketua pegawai eksekutif SKMM, Datuk Mazlan Ismail ​​​​​yang merupakan pencabar Presiden PKR yang dipilih Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh dalam pilihan raya umum 2013 di bawah bendera BN.

Mazlan, bersama Pengerusi SKMM, Tan Sri Dr Halim Shafie dan dua lagi pegawai kanan meletak jawatan pada 1 Julai ​​​​​​​di tengah-tengah proses pembersihan lantikan politik oleh pentadbiran BN sebelum ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor kini menjalankan tugas sebagai pengerusi sementara SKMM sehingga calon lain dilantik. – BERNAMA

Tags: Gobind Singh Deo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gobind Dakwa 5,000 Hadir Program Selangor Bangkit Bersama Rocket DAP

Gobind Dakwa 5,000 Hadir Program Selangor Bangkit Bersama Rocket DAP

26/04/2026
0

PUCHONG - Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo mendakwa lebih 5,000 orang menghadiri program Selangor Bangkit Bersama Rocket DAP Bandar...

DAP Bina Malaysia Yang Bersatu, Kuat Dan Berjaya – Gobind

DAP Bina Malaysia Yang Bersatu, Kuat Dan Berjaya – Gobind

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo menyeru seluruh ahli dan penyokong parti itu untuk terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd