• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akses Internet Berkelajuan Tinggi Di Jasin

oleh Cj Mnh
06/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Penduduk di tiga kawasan di daerah Jasin iaitu Taman Merbau, Taman Maju dan Felda Kemedor bakal menikmati akses rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi atau ‘High Speed Broadband’ menggunakan fiber optik menerusi projek perintis Pelan Penghubung Kebangsaan (NCP) Tenaga Nasional Berhad.

Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie berkata projek perintis itu yang melibatkan 1,100 buah kediaman bermula bulan ini sehingga akhir tahun akan diperluasnya ke seluruh negara sekiranya ia mencapai matlamat yang ditetapkan iaitu menyediakan akses internet yang lebih pantas, murah dan meluas selaras dengan hasrat kerajaan.

“Masih ramai yang tidak tahu bahawa sistem telekomunikasi merupakan sebahagian daripada komponen penting bagi industri utitiliti khususnya TBN dan kami telah membangunkan rangkaian telekomunikasi sejak bertahun lamanya.

“Namun pada ketika ini teknologi fiber optik sebagai sebahagian daripada reka bentuk dan keperluan operasi grid elektrik bagi memastikan bekalan elektrik yang berdaya tinggi di seluruh Semenanjung,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas menghadiri taklimat Projek Perintis NCP TNB di sini, hari ini.

Turut hadir Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan negeri Melaka Kerk Chee Yee.

Moggie berkata menerusi projek itu, TNB akan meneroka potensi menggunaan kapasiti sedia ada dan aset telekomunikasi yang telah dikena pasti sebagai pemangkin ke arah ekonomi digital tanpa mengenepikan aspek keselamatan dan kestabilan rangkaian bekalan elektrik.

Katanya TNB akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi memastikan program tersebut dapat dilaksanakan secepat mungkin dan secara menyeluruh.

Beliau berkata syarikat atau pembekal rangkaian internet dipelawa untuk menyediakan akses berkenaan menerusi infrastruktur yang telah disediakan TBN khususnya menerusi fiber optik sedia ada.

Sementara itu, Kerk berkata kerajaan negeri Melaka menyambut baik usaha pelaksanaan projek perintis NCP berkenaan dan akan memberi kerjasama serta sokongan berterusan dalam pelbagai aspek bagi menjayakannya. –BERNAMA

Tags: akses internetberkelajuan tinggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pusat Internet Komuniti Pilihan Terbaik Bantu Keperluan PdPR

27/01/2021
0

IPOH - Pusat Internet Komuniti (PIK) Malaysia, merupakan alternatif bukan sahaja kepada ibu bapa yang tidak mampu menyediakan gajet atau...

PdPR: Daki Bukit 20 Minit Untuk Akses Internet

25/01/2021
0

PAPAR - Tiga beradik dari Kampung Gana di sini memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) dengan mendaki bukit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd