• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AKSEM Rampas 789 Kg Daun Ketum, Tahan Seorang Wanita Thailand

oleh
25/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – ​​​​​​Seorang wanita rakyat Thailand ditahan Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Padang Besar bersama 789 kilogram daun ketum bernilai lebih RM63,000 di Kampung Melayu, Padang Besar, di sini, pagi semalam.

Komander AKSEM Perlis, DSP Syed Basri Syed Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata wanita berumur 40-an itu ditahan di rumah sewanya kira-kira pukul 10 pagi.

Sepasukan anggota AKSEM Padang Besar pergi ke rumah sewa wanita itu untuk menyiasat setelah menerima maklumat orang ramai namun tiada sesiapa yang menyahut apabila dipanggil.

“Anggota AKSEM yang membuat pemeriksaan menemui 32 guni daun ketum di garaj kereta dan tepi rumah dan pada masa sama wanita Thai berkenaan keluar dari rumah,” katanya.

Syed Basri berkata wanita itu mengaku daun ketum itu miliknya untuk dibawa masuk ke Thailand. Wanita itu diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Daerah Padang Besar untuk tindakan lanjut.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih empat tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, tambahnya. – BERNAMA

Tags: Daun Ketum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Bawa Daun Ketum Ditahan Selepas Larikan Diri Sejauh 15 KM

Lelaki Bawa Daun Ketum Ditahan Selepas Larikan Diri Sejauh 15 KM

26/03/2023
0

JELI : Tindakan seorang lelaki melarikan diri sejauh 15 kilometer (km) sambil membawa daun ketum seberat 560 kilogram (kg) gagal...

Lelaki Thai Cuba Seludup Keluar Minyak Masak Bersubsidi Ditahan

16/05/2022
0

KANGAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup keluar lebih kurang 780 kilogram (kg) daun ketum dan 150...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd