• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aksem Perlis Rampas Rokok, Mercun Bola Bernilai RM750,627

oleh Cj Mnh
03/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) negeri ini merampas sebanyak 7,659 karton rokok putih pelbagai jenama dan 55 guni mercun bola yang dianggarkan bernilai RM750,627 termasuk cukai dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Baru Jelai, Batu Kurau, Perak, malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, pihak berkuasa tersebut yang diketuai Pegawai Turus Risik Aksem, Inspektor Nik Md. Nazri Nik Sukri turut menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang berada di kediaman tersebut.

Difahamkan barangan itu dibawa masuk dari China, Vietnam dan Thailand untuk pasaran di negara ini khususnya rokok putih yang mendapat permintaan tinggi.

Untuk rekod, pihak Aksem boleh membuat serbuan di mana-mana negeri sekiranya mendapat maklumat berkenaan aktiviti haram tersebut.

Komander Aksem negeri, Deputi Superintenden Syed Basri Syed Ali memberitahu, kejayaan tersebut adalah hasil maklumat orang awam dan risikan pihaknya sebelum ini.

Katanya, selepas mendapat maklumat, pihaknya menyerbu kediaman tersebut dan menemukan sebuah lori berwarna hitam di halaman kediaman berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di dalam lori tersebut kita menjumpai sejumlah kotak yang di dalamnya mengandungi rokok dan terdapat juga sejumlah guni yang mengandungi mercun bola.

“Anggaran nilai rokok yang dirampas itu adalah berjumlah RM716,627 manakala mercun bola pula bernilai RM22,000,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, suspek tersebut diserahkan kepada pihak Kastam untuk tindakan lanjut manakala kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Sementara itu, beliau berkata, rokok berkenaan mendapat permintaan tinggi daripada rakyat negara ini berikutan barangan seludup itu yang dijual dengan harga murah.

“Difahamkan sekotak rokok terbabit berharga hanya RM4 sehingga RM6,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Mercun BolaRokok
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jabatan Perikanan Tak Pernah Beri Lesen Laut Dalam Kepada Warga Asing

Next Post

Lumba Bot Di Tambatan D’Raja Jumaat Ini

Related Posts

Setengah Jam Kejar Lori Seludup Rokok Dikawal 2 Kereta Tonto, Polis Terpaksa Lepas Tembakan

Setengah Jam Kejar Lori Seludup Rokok Dikawal 2 Kereta Tonto, Polis Terpaksa Lepas Tembakan

16/07/2025
0

TUMPAT: Pasukan Polis Marin (PPM) menumpaskan penyeludupan rokok putih dianggar bernilai RM2.3 juta termasuk cukai menggunakan sebuah lori tiga tan...

Ambil Tindakan Tegas Terhadap Penjualan Rokok, Vape Dalam Bentuk Alat Tulis

Ambil Tindakan Tegas Terhadap Penjualan Rokok, Vape Dalam Bentuk Alat Tulis

21/10/2024
1

KUALA LUMPUR : Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap peniaga dan penjual yang memasarkan vape atau rokok elektronik yang menyerupai peralatan...

Next Post

Lumba Bot Di Tambatan D’Raja Jumaat Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd