• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aiman Tino Bakal Menjalani Pembedahan Buang Tonsil

oleh Ahmad Albab
30/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Aiman Tino berkemungkinan besar akan menjalani pembedahan membuang tonsil di bahagian tekaknya pada 10 November depan.

Aiman, 20, berkata dia mempunyai masalah tonsil bengkak itu semenjak enam bulan lalu namun tidak terfikir ianya akan menjadi serius.

“Saya ada pemeriksaan tonsil di tekak pada 10 November ini dan kemungkinan besar akan menjalani pembedahan buang tonsil waktu itu juga.

Peminat Aiman, Diraf datang melawatnya di hospital.

“Sebenarnya sudah enam bulan juga saya alami tonsil bengkak tapi pada mulanya ingat tidak serius sebab selepas makan ubat jadi baik semula.

“Tapi selang beberapa hari, tonsil bengkak semula. Buat masa sekarang, tekak saya belum pulih sepenuhnya,” katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Aiman telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta Rawang selepas mengalami demam panas disebabkan tonsil bengkak dan ususnya telah dijangkiti kuman pada Selasa lalu.

Kata Aiman, dia sudah dibenarkan pulang ke rumah pada Sabtu dan perlu menjaga pemakanan dengan betul selepas ini.

Aiman dimasukkan ke hospital pada Selasa lalu.

“Alhamdulillah saya sudah dibenarkan pulang selepas lima hari berada di wad. Perut saya pun semakin pulih tapi masih perlu menjalani pemeriksaan doktor.

“Selepas ini, memang saya perlu menjaga waktu makan dan pemakanan dengan betul. Ayah pun sudah berpesan makan kena ikut waktu.

“Terima kasih kepada peminat yang tak putus-putus mendoakan kesihatan saya,” ujarnya. – mStar Online

Tags: aiman tinopenyanyi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zionis Kecam Real Madrid Sambut Remaja Palestin

Next Post

Suami Isteri Selamat Selepas Kereta Dinaiki Terbakar

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

Aiman Tino Masuk UMNO

Aiman Tino Masuk UMNO

17/03/2023
0

KUALA KUBU BHARU : Penyanyi, Aiman Tino, 25, menyertai UMNO selepas menyerahkan borang keahlian ahli UMNO di Pejabat UMNO Bahagian...

Next Post

Suami Isteri Selamat Selepas Kereta Dinaiki Terbakar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd