• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aidil Zafuan Kata JDT Leka Di Minit Akhir

oleh
25/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Inilah yang berlaku dalam bola sepak. Apabila kita leka di minit terakhir, kita akan dihukum”

Itu reaksi pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abd. Radzak berhubung erlawanan Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.

Bagaimanapun, kata beliau, kelebihan masih berpihak kepada JDT kerana mempunyai kelebihan ‘away goal’ dalam perlawanan di Stadium Larkin nanti

“Kami akan pastikan kami tidak mengulangi kesilapan yang sama dan belajar dari kesilapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JDT sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Pahang dalam pertemuan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur malam tadi

Skuad Harimau Selatan terlebih dahulu membolosi gawang Tok Gajah pada minit ke-46 menerusi jaringan Gonzalo Cabrera.

Safwan Baharuddin menjadi wira Pahang apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-91 menerusi tandukan selepas menerima hantaran daripada Muslim Ahmad.

Aidil Zafuan berkata, beliau dan rakan sepasukan telah melakukan yang terbaik kerana bukan mudah untuk bermain di tempat lawan.

Katanya, barisan pemain JDT amat berdisiplin sepanjang 90 minit perlawanan dan hanya sedikit leka pada minit terakhir.

“Tidak dinafikan terdapat beberapa kesilapan yang telah kami lakukan namun barisan pertahanan tetap fokus terhadap serangan yang dilakukan pasukan Pahang,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Aidil Zafuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Tolak Syor Lantik Najib Ketua Umum

Next Post

Mahathir Kagum Dengan Jack Ma?

Related Posts

Sasaran Ke Final Piala AFF Boleh Dicapai – Aidil

24/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Pemain pertahanan negara, Aidil Zafuan Abd Radzak menganggap sasaran sekurang-kurangnya mara ke final Piala AFF 2018 yang...

Aidil Kecewa Gagal Beraksi 90 Minit Final Piala Malaysia

05/11/2017
0

KUALA LUMPUR - Pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT) Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak mengakui kecewa apabila tidak dapat beraksi 90...

Next Post

Mahathir Kagum Dengan Jack Ma?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd