KUALA LUMPUR – Sebanyak 13 ahli Geng 08 dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan pilihan menjadi ahli pertubuhan haram, lima tahun lalu.
Sebelum ini, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun.
Pertuduhan pindaan hari ini dibuat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.
Sementara itu, enam lagi anggota kumpulan sama mengaku tidak bersalah atas tuduhan pilihan tersebut dan kes mereka akan dipindahkan ke Mahkamah Majistret. – UTUSAN ONLINE