• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agensi Amah Digantung Lesen

oleh Cj Mnh
20/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pihak berkuasa Singapura menggantung lesen sebuah agensi pekerjaan dan memberi amaran akan mendakwa syarikat itu kerana menyiarkan iklan menawarkan amah Indonesia untuk dijual.

Iklan yang disiarkan di talian itu mencetuskan kemarahan di Indonesia yang menganggap ia menghina golongan itu.

Singapura menjadi tempat kerja 250,000 amah, kebanyakannya berasal dari kawasan miskin di Indonesia atau Filipina.

Mereka memilih republik itu kerana menawarkan kadar gaji lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan di tempat sendiri.

Iklan berkenaan menggunakan tajuk ‘maids.recruitment’ dilaporkan menawarkan khidmat beberapa pembantu rumah dari Indonesia manakala beberapa yang lain menyatakan ada amah yang ‘dijual.’

Ini menimbulkan kemarahan di Indonesia dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Migrant Care membidasnya selain menyifatkannya sebagai tidak adil dan menghina.

Iklan berkenaan kemudian dibuang daripada laman terbabit di talian.

Kementerian Buruh Singapura dalam kenyataannya memaklumkan lesen agensi pekerja SRC Recruitment LLP telah digantung.

Ini bermakna ia tidak lagi boleh menawarkan amah kepada penduduk dan pihak berkuasa melakukan siasatan untuk tujuan pendakwaan. – AFP

Tags: agensi pekerjaangantung lesen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gantung Lesen Jika Jual Gula Lebih Harga Kawalan

Gantung Lesen Jika Jual Gula Lebih Harga Kawalan

06/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Peniaga yang didapati sengaja menjual harga gula melebihi harga kawalan, menyorok bekalan dan menetapkan pembelian gula secara bersyarat,...

Syarikat Bas Kilang Terlibat Nahas Digantung Lesen

19/04/2019
0

PUTRAJAYA - Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menggantung lesen pengendali dan lesen kenderaan CJ Global Travel and Tours Sdn. Bhd....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd