• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

African Scam: 30 Warga Asing Ditahan

oleh
19/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis menahan 30 warga asing termasuk tiga wanita yang dipercayai terlibat dalam kegiatan ‘African Scam’ menerusi serbuan di beberapa lokasi sekitar Selangor pada Ogos lepas dan bulan ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata dalam serbuan di empat premis kediaman di Petaling Jaya, seramai 14 warga asing diberkas terdiri daripada 12 warga Nigeria, seorang warga Uganda dan seorang warga Sierra Leone.

Katanya, daripada serbuan itu, sebanyak lapan komputer riba, 23 telefon bimbit, tujuh router, satu pemacu pena dan sebuah tablet jenama Samsung turut dirampas.

“Pada masa sama, polis turut berjaya memberkas 16 warga asing terdiri daripada 15 warga Nigeria dan seorang warga Filipina dalam serbuan di tujuh lokasi berlainan di sekitar Bandar Sunway di Petaling Jaya, Batu 9 di Cheras dan Serdang.

“Dalam serbuan itu, sebanyak 34 buah telefon bimbit, sebuah tablet jenama Samsung dan sebuah i-Pad turut dirampas,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Menurut Mazlan, dengan penahanan tersebut, pihaknya berjaya menyelesaikan siasatan 13 kes ‘African Scam’ melibatkan kerugian yang dialami mangsa berjumlah RM371,420.

Kata beliau, kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, beliau berkata bagi tempoh awal tahun ini sehingga 15 Sept lepas, sebanyak 262 kes ‘African Scam’ yang melibatkan penipuan ‘parcel scam’, ‘love scam’ dan ‘penipuan wasiat’ dilaporkan membabitkan kerugian berjumlah RM16.9 juta.

“Kita telah nasihat berkali-kali, namun masih berlaku banyak kes seperti ini. Baru-baru ini, seorang doktor wanita berusia 26 tahun menjadi mangsa penipuan seorang doktor palsu yang dikenali menerusi sebuah laman web, di mana beliau jatuh cinta dengan suspek dan telah membuat 13 kali transaksi pembayaran sebanyak RM70,000 kepada lelaki itu.

Justeru orang ramai dinasihat supaya berhati-hati dalam menggunakan aplikasi media sosial dan tidak mudah terpedaya dengan apa jua tindakan yang diminta oleh sahabat di media sosial. Turut diingatkan bahawa tindakan menyerahkan akses akaun perbankan bersama nombor pin kepada penjenayah boleh menyebabkan pemilik akaun tersebut dikenakan tindakan di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: African Scam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tahan 44 Anggota Sindiket African Scam

22/11/2016
0

SHAH ALAM - Polis Selangor menahan 44 anggota sindiket African Scam dalam beberapa operasi di sekitar Puchong dekat sini minggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd