• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Pihak Didakwa Peralat PATI Mohon Dapatkan MyKad

oleh Cj Mnh
12/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Parti Warisan Sabah (WARISAN) tidak menolak kemungkinan ada individu dari pihak pembangkang mengarahkan pendatang tanpa izin (PATI) berpura-pura meminta bantuan bagi mendapatkan MyKad untuk memburukkan nama parti itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, mendakwa perbuatan itu adalah sebahagian taktik kotor pembangkang untuk menarik semula sokongan rakyat kerana kehabisan idea selepas kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“WARISAN tidak pernah terbabit dalam membantu PATI mendapatkan MyKad. Kami hanya menganjurkan perkhidmatan bergerak untuk masyarakat di mana kami turun padang bertemu orang ramai dan mendengar masalah mereka termasuk berkaitan kemudahan asas.

“Perkhidmatan itu tidak sepatutnya dipolitikkan, ia bukan perkara baharu kerana kerajaan sebelum ini pun melaksanakannya. Pemimpin pembangkang menggunakan isu itu sebagai cara untuk memburukkan kerajaan pimpinan WARISAN.

“Saya percaya isu MyKad yang tersebar di internet adalah kerja pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan berhubung isu MyKad membabitkan PATI yang didakwa dibantu menerusi perkhidmatan bergerak dilaksanakan Vui Keong di Parlimen Batu Sapi.

Vui Keong yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi berkata, beliau mengesan beberapa individu datang bersama surat bagi beberapa permohonan dengan format pengenalan yang sama di tiga perkhidmatan bergerak dilaksanakan di kawasan Parlimen berkenaan sebelum ini.

“Saya memutuskan untuk menyelidik di mana mereka membuat surat itu kerana saya tertanya-tanya kerana apa yang kita tahu kebanyakan mereka (PATI) buta huruf.

“Saya terkejut apabila mendapati mereka membuat surat itu di bandar (Sandakan) dan membayar orang tertentu untuk menaip surat itu antara RM10 hingga RM100 bagi sekeping surat ringkas atau hanya dengan mengisi borang tertentu,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, pihaknya sudah mengarahkan kakitangannya untuk menyiasat perkara itu dan membuat laporan polis jika perlu.

Vui Keong berkata, perkhidmatan bergerak yang dikendalikan pihaknya di beberapa lokasi di Parlimen Batu Sapi adalah untuk merapatkan hubungan dengan rakyat selain memudahkan orang ramai mengadu masalah tanpa perlu datang ke pejabatnya. – BH Online

Tags: MyKadPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

13,632 MyKad Alami Cip Rosak Diganti Dalam 5 Hari – Saifuddin

13,632 MyKad Alami Cip Rosak Diganti Dalam 5 Hari – Saifuddin

27/09/2025
0

SANDAKAN: Sejumlah 13,632 MyKad yang mengalami kerosakan cip diganti dalam tempoh lima hari di seluruh negara sejak kerajaan mengumumkan kemudahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd