Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Projek PLBE Tukar Landskap...

SEGAMAT - Sejak pelaksanaan transformasi pengangkutan awam yang bermula 2010, kerajaan persekutuan terus...

Johor Anjur Kursus Bangun...

JOHOR BAHRU — Kerajaan Johor menerusi Tourism Johor akan menganjurkan lima kursus pembangunan...

Yusuf PPIM Mohon Maaf...

TULAR menerusi media sosial tempatan apabila tersebar rakaman video menunjukkan Yusuf Azmi gagal...

Gamis Tuntut 4 Perkara

KUALA LUMPUR - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) tuntut empat perkara pada Himpunan...

Ada Lagi Anggota Parlimen Akan Tinggalkan UMNO

SANDAKAN – Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata memang terdapat ramalan dan sumber yang mengatakan bahawa akan ada lagi anggota parlimen UMNO akan keluar parti.

Namun, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata ini masih tidak boleh didedahkan kerana bimbang akan menjadi fitnah.

“Dalam senario sekarang akan ada anggota parlimen UMNO termasuk dari Sabah akan ikut (keluar parti),” katanya kepada Bernama, hari ini.

Terbaru, dua lagi anggota parlimen UMNO mengumumkan keluar dari parti iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed (Parlimen Jeli) dan Datuk Seri Anifah Aman (Parlimen Kimanis).

Ditanya jika kemungkinan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman akan menurut langkah adiknya Anifah keluar dari UMNO, beliau enggan mengulas lanjut.


Mengenai kedudukannya dalam UMNO, Bung Moktar berkata beliau akan terus kekal dalam parti itu yang menjadi wadah perjuangannya.

Menurutnya beliau tidak akan membuat keputusan yang akan menjejaskan perjuangan parti itu kerana percaya UMNO akan bangkit semula. – BERNAMA

Kategori