• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4RRD Turun Padang Bantu Baiki Rumah Rosak Akibat Ribut Di Perlis

oleh Cj Mnh
20/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR  – Bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung penduduk ekoran kejadian ribut pada Isnin lalu, Batalion ke-4 Rejimen Renjer Diraja (4RRD) telah turun padang bagi membantu mereka di Mata Ayer di sini, semalam.

Bantuan diberikan adalah dengan membaiki rumah-rumah mereka yang rosak akibat dipukul angin kencang.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan mencemar duli bagi menziarahi rumah-rumah penduduk terlibat.

Menerusi Program Jiwa Murni sempena sambutan Hari Ulang Tahun Ke-55 Rejimen Renjer Diraja (RRD) itu, 4RRD telah mendapat kerjasama daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

RRD yang bernaung di bawah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sebagai Kolonel Yang Dipertuanya, disambut pada 16 September setiap tahun.

Keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin yang juga merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah (AW) diiringi oleh Ketua Kompeni Markas 4RRD, Mejar Ahmad Amir Abu Bakar.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor dan Timbalan Komander Rejimen 504 AW, Lt. Kol. Huzaini Hussin.

Terdahulu, seramai 55 peserta dalam kalangan warga 4RRD dan Rejimen 504 AW iaitu jumlah simbolik usia 55 tahun RRD telah menyertai Tuanku Syed Faizuddin dalam kayuhan ‘Agi Idup Agi Ngelaban-Biar Putih Tulang’ yang disekalikan dengan program berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali ke-69 bagi tahun ini.

Peserta program kayuhan sejauh 12 kilometer itu telah memberi sumbangan kepada penghuni di lima buah rumah di Kampung Balik Bukit, Kersik dan Hutan Lembah.

Para peserta turut singgah untuk solat zohor, asar dan maghrib secara berjemaah di Masjid Asy Syakirin Oran dan Masjid As Solihin di Kampung Balik Bukit di samping mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Dalam pada itu, sebanyak 139 buah rumah telah dilaporkan mengalami kerosakan dalam kejadian ribut tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tags: Batalion ke-4 Rejimen Renjer Diraja (4RRD)mangsa ribut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

86 Mangsa Ribut Di 3 Pusat Pemindahan Klang

03/10/2018
0

SHAH ALAM - Seramai 86 mangsa daripada 21 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan di sekitar Klang dekat sini sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd