Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Adakah Tun Dr. Mahathir...

PENGERUSI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir...

Tuduhan Artikel Fitnah: Bekas...

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pengarang The Edge Communications Sdn Bhd dilepas dan dibebaskan...

5,718 Sembuh, 8 Kematian,...

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan kes sembuh tertinggi dalam tempoh 24 jam lepas...

Bajet 2018 Tanda Positif...

SINTOK - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melihat Bajet 2018 sebagai tanda positif terhadap...

47 Selamat, Pesawat Air Niugini Terhempas Di Chuuk

SYDNEY – Seramai 47 penumpang dan anak kapal syarikat penerbangan Air Niugini yang terhempas berhampiran lapangan terbang sebuah pulau kecil di Micronesia, di selatan Lautan Pasifik, berjaya diselamatkan oleh flotila bot kecil, semalam.

“Pesawat itu sepatutnya berjaya mendarat tetapi ia terbabas sejauh 137 meter dan terhempas.

“Sebenarnya, kami masih belum mengetahui bagaimana kejadian ini boleh berlaku.

“Kesemua 36 penumpang dan 11 anak kapal berjaya diselamatkan, hanya pesawat yang karam,” Pengurus Besar Lapangan Terbang Chuuk di Micronesia, Jimmy Emilio ketika dihubungi Reuters menerusi telefon.

Difahamkan pesawat Boeing 737-800 itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo, Jepun ke Port Moresby di Papua New Guinea, sebelum transit di Chuuk, Micronesia.

Emilio berkata, pesawat itu terhempas di sebuah lagun yang mengelilingi pulau kecil itu pada jam 9.30 pagi (waktu tempatan).

Katanya, kesemua penumpang dan anak kapal sudah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut tetapi tiada di antara mereka yang mengalami kecederaan serius.


“Saya sangka kami berjaya mendarat dengan selamat sehinggalah saya melihat satu lubang di bahagian tepi pesawat dan air mula memasuki ke dalam kapal terbang.

“Saya fikir, perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Air sudah mencecah paras pinggang di dalam kabin sebelum pasukan penyelamat tiba,” kata penumpang, Bill Jaynes dalam video yang dimuat naik di laman web Pacific Daily News.

Sementara itu, Air Niugini dalam satu kenyataan berkata, syarikat penerbangan itu sedang bertungkus lumus membantu kesemua penumpang dan anak kapal.

Jurucakap Suruhanjaya Siasatan Kemalangan Papua New Guinea berkata, pihaknya akan menghantar penyiasat ke lokasi kejadian untuk mengenal pasti punca insiden itu berlaku. REUTERS/AGENSI

Kategori