• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

40 Lelaki Mengaku Tak Salah Jadi Anggota Kumpulan Haram

oleh
13/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seramai 40 lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan pindaan menjadi anggota kumpulan haram ‘Jee Jin Tong’, awal tahun ini.

Seramai 25 daripada mereka membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Azureen Sahirah Saufee Afandi manakala 15 yang lain di hadapan Majistret Siti Hajar Ali selepas pertuduhan dibaca secara berasingan di dalam kamar mahkamah sama.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kesemua mereka yang berumur antara 20an dan 60an itu didakwa menjadi anggota geng Jee Jin Tong yang juga satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang di Jalan Permas, Bandar Baru Permas Jaya, di sini, pada 14 Jan lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kesemua mereka adalah Seow Hwee Kiang, Lee Boon Hui, Fung Ka Siong, Chua Kah Tat, Mah Jia Fei, Lai Kah Fei, Wilson Chua Yue Hua, Lim Wen Hao, Eugene Chiam Tow Shen, Chan Chun Fei, Yap Boon Chuan dan Benny Chang Xin Hao.

Mereka yang lain, Lau Fook Soon, Liew Yun Choy, Jacky See Jiin Long, Ng Zhen Lun, Ng Soon Kiat, Lim Heng Kiaw, Wong Jin Wei, Dinesh Balakrishnan, Sau Kah Kwee, Ong Hwee Hau, Lew Kai Yann, Kok Kat Ting, Koh Xian Ming, Lim Thiam Poon, Eric Mah Wai Soon, Tan Hong Chai, Tan Chee Hong, Leong Wen Hao, Tan Xiang Wei, Koh Suei Chuan, Lee Choon Seng, Jimmy Seah Thian Heng serta Wong Siau Boon.

Turut dituduh adalah Gan Jia Ji, Yip Kah Hoo, Fong Ling Chiow, Leong Zhong Hen dan Woon Kian Hui.

Mahkamah hanya membenarkan seramai 35 daripada mereka diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap seorang.

Mereka yang tidak dibenarkan ikat jamin pula adalah Gan, Yip, Fong, Leong dan Woon memandangkan kesemuanya menghadapi pertuduhan lain berhubung Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Antara peguam yang mewakili tertuduh adalah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Datin Freda Sabapathy, Sukaimi Mashud dan Mohd Daud Ismail.

Mahkamah turut menetapkan 10 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, pada prosiding pagi tadi, pihak pendakwaan yang dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Roslan Mat Nor dan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin mengemukakan pertuduhan pindaan terhadap kesemua tertuduh di Mahkamah Tinggi, di sini.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan pendakwaan dan memerintahkan pertuduhan pindaan itu disebut di Mahkamah Majistret, di sini, memandangkan pertuduhan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Majistret.

Pada awal tahun ini, kesemua tertuduh berkenaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Jin Jee Tong yang mana pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan.

Mereka berdepan hukuman penjara hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan dan ketika itu kesemuanya tidak dibenarkan sebarang ikat jamin dan tiada pengakuan direkodkan. – BERNAMA

Tags: Jenayah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

Dua Lelaki Bergaduh Pegang Gergaji, Parang

17/11/2021
0

JAWA: Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan di udara bagi menghentikan perbalahan melibatkan dua penduduk di Jalan By Pass Ir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd