• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3,000 Pemilik LPS Perak Akan Diberi Hak Milik 99 Tahun

oleh Cj Mnh
25/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Lebih 3,000 keluarga yang memiliki Lesen Pendudukan Sementara (LPS) di Perak akan diberikan hak milik tanah 99 tahun, kata Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu.

Katanya mereka melibatkan penduduk di daerah yang bersempadan dengan pantai iaitu Kerian, Larut Matang, Manjung, Hilir Perak dan Bagan Datuk serta beberapa kawasan kampung baharu.

“Sebenarnya banyak lagi kawasan-kawasan yang memiliki status lesen pendudukan sementara, namun saya tidak boleh membuat keputusan untuk memberi status hak milik kepada kawasan yang melingkungi dalam kawasan rizab sungai, rizab jalan dan sebagainya.

“Ini kerana sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kepada pembangunan negeri, kita perlu memikirkan masa depan, di mana jika kita perlu mendahulukan pembinaan jalan, perkara yang melibatkan penggunaan rakyat jadi kita tidak dapat memberikan pemilikan (99 tahun) ini kepada mereka,” katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai program Bicara Harapan Rakyat Siri 1: Hala tuju dan Masa Depan Negeri Perak bertajuk “Keadilan Sosial dan Demokrasi” di sini hari ini.

Mengenai program hari ini, beliau berkata kerajaan negeri akan mengambil kira semua pandangan dan perkara berbangkit untuk dibawa ke peringkat tinggi.

“Segala perkara yang telah dibincang hari ini akan saya bawa untuk diperhalusi di peringkat pimpinan tertinggi sebelum kita membuat keputusan demi mencapai hasrat manifesto PH Perak,” katanya.

Bicara Harapan Rakyat akan diteruskan sehingga siri ke-5 yang merangkumi empat lagi isu iaitu Kebajikan dan Ekonomi Rakyat; Amanah dan Integriti; Budaya Ilmu dan penyelidikan; serta Alam Sekitar dan Komuniti. – BERNAMA

Tags: Hak MilikLPS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd