Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

BN Sudah Menang 9...

MELAKA : Sehingga jam 8.30 malam ini, Barisan Nasional (BN) sudah menguasai sebahagian...

Warkah Isteri Zahid Minta...

KUALA LUMPUR - Datin Seri Hamidah Khamis, isteri kepada Datuk Seri Dr. Ahmad...

Warga Emas 64 Tahun...

SEORANG lelaki warga emas menghadapi detik-detik cemas apabila berlaku kebakaran di rumahnya secara...

Jakim Nafi Khutbah Punca...

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggesa agar tindakan tegas diambil ke...

2 Suspek Bunuh Kucing Disambung Reman, Seorang Lagi Masih Diburu

KUALA LUMPUR – Reman terhadap dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh seekor kucing dengan memasukkan haiwan itu ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi di Gombak disambung selama tiga hari lagi bermula esok.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Samsor Maarof berkata kedua-dua suspek berkenaan dibenarkan disambung reman oleh Mahkamah Majistret Selayang.

Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata suspek direman sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Khamis lepas, polis mendedahkan gambar tiga suspek berkenaan yang dikehendaki kerana melakukan penganiayaan dan membunuh haiwan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Dua suspek berusia 26 dan 40 tahun ditahan Jumaat lalu di dua lokasi di Gombak manakala seorang lagi masih bebas dan diburu pihak polis


Sebelum ini, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan kejam dua individu yang membunuh seekor kucing bunting dengan cara memasukkannya ke dalam mesin mengering pakaian di sebuah pusat dobi layan diri di Taman Gombak Ria di sini.

Perbuatan kejam tersebut seterusnya tersebar di lama media sosial dan menerima kecaman daripada masyarakat sebelum Persatuan Haiwan Malaysia bertindak membuat laporan kepada pihak polis. – BERNAMA

Kategori