• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Polis Akan Panggil Najib – Amar Singh

oleh
28/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh terdekat berhubung siasatan kes melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata PDRM memerlukan maklumat daripada bekas perdana menteri itu untuk melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata setakat ini PDRM telah merakam lebih 70 keterangan daripada pelbagai individu berhubung siasatan dan Najib akan dipanggil lagi untuk dirakam keterangannya.

“Selain Najib, saya juga ingin mengesahkan bahawa PDRM telah memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy pada Selasa lepas berhubung kandungan ceramahnya mengenai 1MDB sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei lepas,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Sebelum ini, Najib berdepan 21 pertuduhan kerana dakwaan berkaitan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM4.3 bilion dan empat tuduhan rasuah berjumlah RM2.3 bilion membabitkan dana 1MDB yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata PDRM akan memanggil isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berkaitan rampasan barang kemas yang dipercayai miliknya oleh polis pada Jun lepas.

Barang kemas itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes dana 1MDB.

Selain itu, Noor Rashid juga tidak menolak kemungkinan memanggil Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama empat hari mulai Rabu lepas bagi membantu siasatan kes 1MDB, kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu. – BERNAMA

Tags: 1MDBDatuk Amar Singh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd