• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Penghuni Asrama Akhlak Pokok Sena Direman

oleh Cj Mnh
20/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – 10 penghuni Asrama Akhlak Pokok Sena yang dicekup kurang 24 jam selepas meloloskan diri daripada pusat pemulihan di Gajah Mati, Pokok Sena kelmarin ditahan reman empat hari mulai hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Jamaludin Elias bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, semua remaja berusia antara 14 hingga 17 tahun itu tiba di Kompleks Mahkamah Alor Setar, di sini kira-kira pukul 11.20 pagi dengan menaiki trak polis.

Akhbar hari ini melaporkan seramai 10 penghuni Asrama Akhlak Pokok Sena termasuk seorang warga Thailand berjaya ditahan selepas meloloskan diri dari bangunan asrama antara pukul 5.30 petang hingga 9 malam, kelmarin.

Sembilan daripada mereka ditemui bersembunyi di kawasan semak di Kampung Durian, Pokok Sena kira-kira pukul 3.30 petang semalam manakala seorang lagi penghuni berusia 17 tahun terlebih dahulu menyerah diri pada awal pagi itu. – UTUSAN ONLINE

Tags: Asrama AkhlakDireman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Direman Lima Hari Bantu Siasatan Minta Rasuah RM3,000

Penjawat Awam Direman Lima Hari Bantu Siasatan Minta Rasuah RM3,000

10/03/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dakwaan meminta rasuah RM3,000 sebagai...

Amang Seksual Cucu, Pesara Direman Tujuh Hari

Amang Seksual Cucu, Pesara Direman Tujuh Hari

05/02/2025
0

JASIN - Seorang warga emas direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap cucu perempuannya, lima...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd