• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Juta Orang Dijangka Mati Akibat Kanser Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
13/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Kanser akan membunuh hampir 10 juta orang pada tahun ini, kata pakar-pakar semalam sambil memberi amaran, bebanan global akibat penyakit berkenaan mening­kat di sebalik kaedah pencegahan yang lebih baik dan diagnosis awal.

Anggaran 18.1 juta kes kanser baharu diramalkan di seluruh dunia pada tahun ini bersama 9.6 kematian, demikian menurut laporan oleh Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC).

Angka tersebut meningkat daripada anggaran 14.1 juta kes baharu kanser dan 8.2 juta kematian yang dilaporkan dalam penilaian terakhir IARC enam tahun lalu.

Peningkatan angka korban itu antaranya disebabkan oleh populasi dunia yang bertambah dan semakin tua di samping penduduk di negara-negara membangun mengamalkan gaya hidup tidak sihat serta berisiko tinggi.

Menurut IARC, rantau Asia yang begitu ramai penduduk, merangkumi hampir separuh daripada ke­seluruhan kes kanser baharu itu dan lebih separuh kematian akibat kanser pada tahun ini.

Kanser paru-paru kekal pembunuh utama dan bertanggungjawab terhadap kira-kira 1.8 juta kematian iaitu hampir satu perempat kematian global akibat barah.

Bagi wanita pula, barah payu dara menyumbang 15 peratus kematian akibat kanser diikuti kanser paru-paru (13.8 peratus) dan kanser kolorektum (9.5 peratus).

Dalam laporannya, IARC juga bimbang tentang peningkatan penyakit kanser paru-paru dalam kala­ngan wanita. Kanser paru-paru kini menjadi punca utama kematian akibat penyakit kanser dalam kalangan wanita di 28 buah negara termasuk Denmark, Belanda, China dan New Zealand.

“Angka terbaharu ini membayangkan bahawa banyak yang perlu dilakukan untuk menangani peningkatan penyakit kanser di seluruh dunia, manakala pencegahan memainkan peranan utama,” kata pengarah IARC, Christopher Wild. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: kanserKes Kematian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Lebih 50 hari berlalu sejak tragedi meragut nyawa Muhammad Amirul Shafiq Abdullah, 20, namun keluarganya terus menunggu keadilan...

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

19/07/2024
0

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd