• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yusof Azmi Persoal Tiada Tindakan Keatas Ramasamy

oleh Ahmad Albab
06/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusof Azmi mempersoalkan sama ada wujud campur tangan pihak tertentu hingga menyebabkan pihak berwajib tidak mengambil tindakan keatas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy.

Beliau yang mengetuai demonstrasi lebih 30 badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam mendesak Ramasamy yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) meletakkan jawatan pada 28 Julai lalu mendesak supaya pihak berwajib segera mengambil tindakan keatas pemimpin Pakatan Harapan tersebut.

“Semua Masyarakat Malaysia.. pengguna di Malaysia. Kita harus mendesak pihak berwajib mengambil tindakan segera ke atas Ramasamy. Demi keselamatan negara.

“Saya yakin pihak berwajib mempunyai nilai intergriti yang tinggi..Mungkin kah ada pihak 3 (ketiga) yang campur tangan membuatkan pihak berwajib tidak dapat menjalankan tugasnya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Ramasamy didesak oleh 30 NGO berkaitan Islam terbabit supaya meletak jawatan jika Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu gagal memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Pemimpin Pakatan Harapan itu turut didesak meletakkan jawatan kerana meminta kerajaan Pakatan Harapan mengusir pendakwah Islam tersohor, Dr. Zakir Naik pulang ke India. Ramasamy bagaimanapun menafikan beliau terlibat dengan LTTE.

Selain Yusof, Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin beberapa kali menggesa pihak berkuasa menyiasat Ramasamy, namun nadanya mula berbeza selepas pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengadakan pertemuan antara Mohd. Asri dan Ramasamy baru-baru ini. – MYNEWSHUB.TV

Tags: P. RamasamyYusuf Azmi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Cadangan Batalkan Cukai Pelancongan

Next Post

ADUN Ditegur Agar Tindak Bincang Hal Luar Negeri Di DUN P.Pinang

Related Posts

Yusuf Azmi, Abang Ali Ditahan Polis

04/05/2021
0

KAJANG - Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi serta seorang individu dikenali sebagai Abang Ali antara enam individu...

Azmin Tamak, Egoistik, Tiada Integriti – Ramasamy

26/02/2020
0

PETALING JAYA - Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy menyelar Azmin Ali berhubung pembabitannya dalam rundingan dengan ahli...

Next Post

ADUN Ditegur Agar Tindak Bincang Hal Luar Negeri Di DUN P.Pinang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd