• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wushu: Tan Gagal Raih Kedudukan Podium Dalam Acara Nandao

oleh
20/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Sambutan hari jadi ke-20 pada hari ini tidak membawa sebarang erti untuk atlet wushu negara, Tan Cheong Min yang gagal meraih kedudukan podium dalam acara Nandao wanita di sini, hari ini.

Kesilapan ketika melakukan pendaratan jelas memberi kesan kepada Tan yang sekadar meraih 9.44 mata pada aksi di Dewan B, Expo Antarabangsa Jakarta, Kemayoran.

Keputusan tersebut menyaksikan anak jati Melaka itu menduduki tangga keempat keseluruhan dengan kutipan 19.15 mata.

Tan yang ditemui pemberita Malaysia selepas perlawanan berkenaan, nyata sebak setelah gagal meraih sebarang kedudukan podium dalam penyertaan sulung.

“Kesilapan hari ini memang tidak dijangka dan saya akui agak sedikit kecewa kerana hari ini merupakan hari jadi saya yang ke-20, namun saya akan terus berusaha membaiki kelemahan saya untuk kejohanan seterusnya,” jelasnya yang mengalirkan air mata.

Tan, bagaimanapun tekad bangkit memburu keputusan positif pada penyertaan sulungnya pada edisi kedua Kejohanan Taolu Piala Dunia 2018 di Myanmar pada November

Terdahulu, seorang lagi wakil negara, Audrey Chan Yee Jo berkongsi tempat keenam bersama wakil Singapura, Ho Lin Ying dalam acara Taijijian wanita dengan catatan 9.65 mata.

Keputusan itu menyaksikan beliau menduduki tangga ketujuh daripada 16 peserta keseluruhan dengan catatan 19.21 mata.Chan mengutip 9.56 dalam acara Taijiquan, semalam.

Atlet Indonesia, Lindswell Kwok mengungguli acara berkenaan dengan catatan keseluruhan 19.50 mata, disusuli atlet Hong Kong, Juanita Mok Uen Ying (19.42 mata), manakala wakil Filipina, Agatha Chrystenzen Wong menggondol pingat gangsa setelah mengumpul 19.36 mata. – BERNAMA

Tags: wushu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah Menyayat Hati Atlet Wushu Indonesia Di Sukan SEA

05/12/2019
0

KASIHAN pulak mendengar kisah atlet wushi Indonesia bernama Edgar Xavier Marvelo ini. Ayahnya meninggal dunia beberapa jam sebelum dia bertanding...

Choon How Raih Pingat Emas Kedua Peribadi

02/12/2019
0

MANILA - Atlet wushu, Loh Choon How merakam kemenangan berganda apabila dia meraih pingat emas kedua peribadinya pada Sukan SEA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd