• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas, Menantu Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman

oleh
26/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Dua lelaki tempatan ditemui maut akibat ditikam dengan gunting dalam satu kejadian di bilik sewa mereka di tingkat satu sebuah bangunan rumah kedai di Jalan Argyll, di sin,i hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt V.Saravanan berkata mangsa yang maut ialah Sarbudeen Shikander, 70, serta menantunya yang tidak ditemui pengenalan diri dan mereka dipercayai bekerja sebagai penjaga tempat meletak kenderaan.

“Polis menerima maklumat daripada rakan sebilik dua lelaki itu pada pukul 6.20 petang yang menemui mayat mereka dalam keadaan terbaring dengan berlumuran darah akibat ditikam dipercayai menggunakan gunting.

“Terdapat lima hingga enam kesan tikaman di beberapa bahagian badan dua mangsa itu dan mayat mereka dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat,” katanya di sini..

Katanya, susulan penemuan dua mayat itu, polis menahan seorang lelaki warga Myanmar berusia 30-an di kawasan tangga premis itu dalam keadaan bajunya penuh dengan kesan darah dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.

Saravanan berkata lelaki yang ditahan itu menyewa di bilik lain di aras sama dengan mangsa berada di bawah pengaruh dadah ketika ditangkap dan polis turut menahan rakan sebilik mangsa untuk siasatan lanjut.

Katanya, lelaki warga Myanmar itu dipercayai bekerja sebagai penjaga tempat meletak kenderaan dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya.

“Kami percaya dengan penahanan dua lelaki itu terutama suspek utama warga Myanmar berkenaan, polis percaya dapat menyelesaikan kes berkenaan namun siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengetahui motif sebenar dia bertindak menikam dua mangsa,” katanya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar tampil di mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

“Dua lelaki yang ditahan itu akan dibawa ke mahkamah esok untuk polis mendapatkan perintah reman. Kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: tikaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam 61 Kali Dipanggil Overkill: “Amarah, Dendam, Panik, Obsesi Atau Hilang Kawalan”

Tikam 61 Kali Dipanggil Overkill: “Amarah, Dendam, Panik, Obsesi Atau Hilang Kawalan”

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Dalam psikologi forensik, pembunuhan individu dengan tikaman sebanyak 61 kali dipanggil sebagai 'overkill'. Public Health Malaysia (PHM)...

Wanita Disyaki Mangsa Bunuh Suami Sendiri Ada 34 Kesan Tikaman

05/02/2022
0

GEORGETOWN: Wanita yang disyaki dibunuh suaminya di sebuah apartmen di Paya Terubong di sini, kelmarin, mempunyai 34 kesan tikaman pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd