• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Mohd Zahid Dilantik PengerusiI MPPK 2018-2021

oleh Cj Mnh
16/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bagi sesi 2018-2021 berkuatkuasa 1 Ogos lepas.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam kenyataan hari ini berkata Tan Sri Yong Poh Kon pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi majlis itu, manakala lima lagi tokoh dilantik sebagai ahli majlis.

Tokoh berkenaan ialah Datin Noor Azimah Abdul Rahim, Datuk Satinah Syed Saleh, Datuk Dr Sukiman Sarmani, Brigadier Jeneral Datuk Yusri Anwar dan Prof Dr Ruzita Mohd Amin.

“Kementerian Pendidikan telah meneliti profil pakar pendidikan yang bersesuaian dan anggota MPPK dilantik dalam kalangan mereka yang mempunyai kepakaran, kredibiliti serta rekod prestasi yang cemerlang dalam bidang pendidikan,” katanya.

Maszlee berkata Wan Mohd Zahid dipilih berdasarkan visinya yang progresif dan pengalaman luas dalam sistem pendidikan kebangsaan, manakala Yong, yang juga Pengerusi Royal Selangor International Sdn Bhd, banyak menyumbang tenaga dan jasa dalam bidang pendidikan walaupun berada dalam industri berlainan.

Maszlee berharap MPPK akan membantu kementerian dengan memberi pandangan dan nasihat khususnya menjayakan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan PPPM (Pendidikan Tinggi) 2015-2025.

“MPPK akan menasihati Menteri Pendidikan dalam semua perkara yang berkaitan dengan pendidikan dari peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat pendidikan tinggi,” katanya.

Maszlee berkata Kementerian Pendidikan melalui pentadbiran kerajaan baharu mengamalkan sikap terbuka dan MPPK akan memainkan peranan penting dalam memberi nasihat berkaitan pendidikan khususnya kepada Menteri Pendidikan.

MPPK ditubuhkan selaras dengan peruntukan Seksyen 10, Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (MPPK) 2012. – BERNAMA

Tags: Majlis Penasihat Pendidikan KebangsaanTan Sri Wan Mohd Zahid Mohd Noordin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd