• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Venezuela Buang 5 ‘Sifar’ Di Mata Wangnya

oleh
01/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARAH… Negara ini memang terkenal dengan harga runcit minyak petrol paling rendah di dunia iaitu hanya bersamaan 7 sen seliter ditetapkan kerajaan sejak 1997 semata-mata hendak popular.

Namun padahnya, kadar inflasi di Venezuela adalah tertinggi di dunia iaitu hampir 1,000 peratus mengakibatkan harga barang melonjak naik dan menyaksikan rak di kedai dan pasar raya kosong kerana tiada benda hendak dijual.

Lebih parah, dengan harga sebiji burger pun 1,700 bolivar (kira-kira RM700), lebih 80 isi rumah di negara Amerika Latin itu hidup miskin menyebabkan berat rakyat Venezuela secara purata jatuh 10 kilogram akibat sering berpuasa.

Terkesan dengan dasar populis bekas presiden diktator Hugo Chavez yang meninggal dunia pada 2013, pemimpin baharu Venezuela, Nicolas Maduro terpaksa mengumumkan pelbagai dasar tidak popular demi masa depan negara.

Terbaharu, semalam media melaporkan beliau menggantung mata wang negara itu dari 4 Ogos kepada 20 Ogos dan mengumumkan akan buang lima kosong daripada denominasi mata wang bolivar tersebut selepas tarikh tersebut.

Ini amat mengejutkan pelbagai pihak terutama parti pembangkang berbanding tiga sifar seperti yang diarahkannya untuk dibuang sebelum ini. Maduro memberi alasan ekonomi Venezuela kini nazak dan sedang tempuh hiperinflasi.

Baca: Krisis Ekonomi – Berat Rakyat Venezuela Turun 10 Kilo

Serta: Harga Sebiji Hamburger Di Venezuela Kini RM705

Dan: Lebih 1/2 Juta Rakyat Venezuela Hijrah Ekoran Krisis

“Saya mengumumkan bahawa ekoran tahap ekonomi teruk, denominasi mata wang akan bermula secara muktamad pada 20 Ogos depan,” kata beliau dalam ucapan yang disiarkan melalui stesen radio dan televisyen tempatan.

Maduro berkata sistem kewangan baharu itu “akan menambat (bolivar) kepada petro,” mata wang kripto Venezuela yang disokong kestabilan bekalan minyak global dan dilancarkan sebelum ini oleh kerajaan negara tersebut.

Tanpa beri butiran lanjut, beliau berkata bahawa para pegawai Kementerian bagi Ekonomi Popular Venezuela akan kemudian menjelaskan kepada rakyat pada minggu ini mengenai skop langkah-langkah kecemasan terbabit.

Meskipun pihak pembangkang mendakwa konon wang kertas baharu belum lagi tiba di negara itu, Maduro berkata kerajaan sudah memilikinya dalam rizab bank dan ia akan mula diedarkan secara rasmi pada 20 Ogos kelak.

Ia merupakan sebahagian langkah denominasi semula kedua yang dilaksanakan Venezuela dalam tempoh 10 tahun. Krisis ekonomi itu turut menyebabkan setengah juta warganya berhijrah ke Colombia. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: bolivarVenezuela
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Trump Izin Syarikat AS Teroka Rizab Sumber Minyak Mentah Di Venezuela

Trump Izin Syarikat AS Teroka Rizab Sumber Minyak Mentah Di Venezuela

04/01/2026
0

PALM BEACH: Presiden Donald Trump akan membenarkan syarikat minyak Amerika Syarikat (AS) memasuki Venezuela bagi meneroka rizab minyak mentah yang...

Dulu Dibunuh…Atau Digulingkan…Kini Dah Ada Penculikan Kalau Tidak Tunduk Kepada AS

Dulu Dibunuh…Atau Digulingkan…Kini Dah Ada Penculikan Kalau Tidak Tunduk Kepada AS

04/01/2026
0

KUALA LUMPUR  _ Tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh Amerika Syarikat terhadap Presiden Venezuela, Nicolás Maduro, serta isterinya Cilia Flores,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd