• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VAT 69 Bukti Malaysia Miliki Kualiti Jaga Negara

oleh Cj Mnh
10/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Pengiktirafan dan pencapaian polis khasnya pasukan Komando VAT 69 yang diraih di peringkat antarabangsa membuktikan Malaysia masih mempunyai kualiti dalam menjaga benteng keselamatan negara.

Komander Unit VAT 69 Komando, Datuk Fisol Salleh berkata dunia mengetahui dan mengiktiraf keupayaan Malaysia sebagai satu-satunya negara di dunia yang berjaya menangani ancaman komunis antaranya menerusi VAT 69.

Ini terbukti apabila pihak beliau diminta mewakili Malaysia menghadiri satu persidangan bersama Filipina dan Colombia bagi membincangkan hal ehwal keselamatan serta kaedah menangani ancaman komunis di Hawaii, Amerika Syarikat tahun lepas.

“Permintaan itu satu pengiktirafan kerana Malaysia diakui di seluruh dunia sebagai satu-satunya negara berjaya menangani ancaman komunis sehingga komunis menyerah diri pada 1989,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penutup Kursus Asas Taktikal Para Bebas (Payung Terjun) di Padang Terbang Tekah di sini, hari ini.

Fisol mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu baru-baru ini yang menyatakan kekuatan benteng pertahanan negara adalah paling lemah di Asia Tenggara.

Menurut Fisol, pihaknya menyifatkan komen Mohamad itu lebih merujuk kepada aspek ketenteraan di bawah kerangka Kementerian Pertahanan dan bukan mencakupi kesemua agensi keselamatan negara dari lain-lain kementerian.

Fisol berkata tahun ini pihaknya berjaya melahirkan 24 anggota baharu berbanding tahun lepas hanya 18 orang dan pihaknya masih memerlukan tambahan sekurang-kurangnya 80 anggota bagi memperkuatkan pasukan.

Sementara itu, seorang peserta kursus, Lans Koperal Muhamad Shukri Mat Daud, 26, berkata semua penerjun mempunyai perasaan bimbang sekiranya perkara buruk berlaku ketika melakukan penerjunan, namun sesudah payung terjun kembang dan terapung itulah kesoronokan sebenar.

Katanya, pengalaman melakukan penerjunan dari ketinggian 5,000 sehingga 12,000 kaki cukup mencabar mental serta fizikal namun berbekalkan ilmu yang diajar, perasaan takut dapat diatasi dan tugas dilaksanakan dengan sempurna.

“Sebelum memulakan penerjunan, bagi penerjun beragama Islam pasti kami membaca ayat-ayat suci Al-Quran memohon kepada Allah melancarkan tugasan dan tanggungjawab kami serta mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

Muhamad Syukri yang telah tiga tahun menyertai skuad itu berkata setiap penerjun akan menanggung berat beban sekitar 35 kilogram termasuk beg payung terjun serta kelengkapan seperti senjata dan makanan. – BERNAMA

Tags: komandovat 69
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd