• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Azizah Hasil Dua Buah Buku Masakan Tradisi Pahang

oleh
05/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah hari ini menghasilkan dua buah buku masakan dan manisan tradisi Pahang sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengumpul dana Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).

Majlis pelancaran buku yang bertajuk “Air Tangan Tengku Puan Pahang – Masakan Tradisional Pahang dan Air Tangan Tengku Puan Pahang- Manisan Tradisional Pahang” itu disempurnakan sendiri oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Buku yang dijual dengan harga RM380 sebuah, diterbitkan oleh TFF adalah hasil kompilasi resepi yang didokumentasikan sendiri oleh Tunku Azizah sendiri dengan mencemar duli menjelajah setiap pelusuk daerah negeri Pahang.

“Buku ini saya saya terbitkan dengan menggunakan modal pusaka yang diperoleh daripada ayahanda saya sendiri (Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail) bagi tujuan untuk mengisi dana TAFF.

“Selain dana yang diperoleh itu dapat membantu lebih ramai pasangan yang telah lama berkahwin, untuk memperoleh anak menjalani rawatan kesuburan (IVF), ia juga dapat memberikan pahala kepada Almarhum Ayahanda saya,” titah Tunku Azizah selepas majlis pelancaran dua buah buku berkenaan di sebuah hotel di sini hari ini.

Turut berangkat Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dan anakanda putera puteri baginda Tunku Azizah.

Untuk rekod setakat ini seramai 493 pasangan telah mendapat manfaat daripada penajaan prosedur perubatan yang ditawarkan sepenuhnya oleh TAFF dan seramai 115 anak berjaya dilahirkan menerusi kaedah rawatan ini.

Mengulas lanjut tentang buku berkenaan, Tunku Azizah bertitah ia dihasilkan dalam tempoh setahun dan baginda sendiri mempelarinya daripada orang kampung tentang cara memasak makanan dan manisan tradisional Pahang.

“Bakat saya memasak diwarisi oleh Almarhum bonda (Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah) dan turut mendapat galakan ayahanda (Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail) yang mahu saya belajar memasak sejak dari kecil.

“Malah Almarhum ayahanda juga berpesan, baginda mahu orang yang datang istana supaya memuji makanan sedap yang dihidangkan dan bukannya sebab besar dan cantiknya istana,” titah Tunku Azizah.

Sementara itu, Tengku Abdullah turut melahirkan rasa bangga atas penerbitan buku berkenaan yang disifatkan memartabatkan lagi warisan dan seni masakan tradisional Pahang. – BERNAMA

Tags: Tunku Azizah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Ke Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Ke Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

15/09/2022
0

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah...

Lambang Cinta Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah

31/01/2019
0

SELAIN kata-kata manis, pelbagai cara lain dilakukan seorang suami dalam menzahirkan perasaan cinta buat isteri dan sejarah menjadi bukti bagaimana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd