• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M Jamin BR1M Bakal Dihapuskan

oleh
25/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANSUH… Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijangka menghapuskan pemberian wang menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan miskin atau turut dirujuk sebagai B40.

Bagaimanapun Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi jaminan skim yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) itu akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan terus dalam masa terdekat.

Beliau dalam nada angkuh memaklumkan kononnya ia terpaksa dilakukan memandangkan rakyat miskin di negara ini terlalu dimanjakan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bela nasib mereka.

Sehubungan itu, Mahathir yang juga Pengerusi PH dengan sombong menegaskan bahawa kelompok B40 tidak patut merasakan hanya mereka boleh mendapatkan wang daripada kerajaan tanpa perlu bekerja keras cari rezeki halal.

“Najib memanjakan rakyat dengan membuatkan mereka fikir tanpa melakukan sebarang kerja sebab kerajaan akan beri wang kepada mereka. Sekarang kita (PH) tidak boleh berikan mereka wang kerana kita tidak mencuri wang.

“Tetapi mereka (rakyat miskin kumpulan B40) masih lagi mahu wang (BR1M) diberikan,” tegas Mahathir lagi yang dipetik menerusi wawancara eksklusif bersama-sama dengan portal pro-PH iaitu The Malaysian Insight hari ini.

Untuk rekod, BR1M yang dicadangkan Bank Negara Malaysia dan dilaksanakan oleh kerajaan BN mulai tahun 2013 mengambil konsep kejayaan bantuan kewangan dijalankan di pelbagai negara maju termasuk Amerika Syarikat.

Ia juga sudah lama dilakukan di negara jiran kita, Singapura bagi isirumah miskin dan terbaharu, Arab Saudi mulai awal tahun ini ekoran kenaikan harga runcit minyak petrol yang dianggap terlalu beban rakyat berpendapatan kecil.

Kerajaan PH namun menjenamakan semula BR1M sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH) setelah menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu bagi padam segala jasa kebaikan Najib termasuk yang ada perkataan 1Malaysia.

Bilangan penerima bantuan wang tunai ini turut dikecilkan dengan mansuh pelbagai kategori dan pentadbiran PH turut mengurangkan jumlah bayaran atas alasan konon sebagai berjimat sebab hutang negara cecah RM1 trilion.

Pemansuhan BR1M bakal diikuti dengan pelaksanaan Skim Insurans Kebangsaan mulai 1 Januari depan sekali gus tiada lagi caj RM1 untuk rawatan pesakit luar yang miskin di semua klinik dan hospital kerajaan. – Mynewshub.TV

Tags: BR1M
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd