• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun Daim Jumpa Wakil Penduduk TTDI

oleh Cj Mnh
24/08/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin, mengadakan perjumpaan dengan wakil penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI) bagi membincangkan isu pembangunan di Taman Rimba Kiara (TRK).

Jurucakap wakil penduduk TTDI, Khairuddin Rahim, berkata bekas Menteri Kewangan itu menjemput mereka, semalam, untuk mengadakan dialog dan mendengar luahan penduduk berhubung pembangunan yang dilihat menjejaskan persekitaran kawasan berkenaan.

Katanya, perjumpaan yang diadakan di pejabat bekas Menteri Kewangan itu berlangsung selama 30 minit, sebelum Daim mengadakan perbincangan dengan Menteri Wilayah Khalid Samad, pada sebelah petang.

“Wakil penduduk memaklumkan kepada beliau mengenai fakta serta pandangan kami mengenai kepentingan memastikan kawasan hijau di sini dipelihara.

“Dengan pertemuan ini, penduduk TTDI berharap pihak berkuasa akan menemui jalan penyelesaian terbaik untuk semua dan menunggu dialog seterusnya dengan Menteri Wilayah,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.

Projek pembangunan bercampur di Taman Rimba Kiara, Bukit Kiara menimbulkan kontroversi apabila Disember tahun lalu, apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan pengurusan kondominium bersebelahan untuk mengantung perintah pembangunan di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, baru-baru ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi kebenaran kepada wakil masyarakat TTDI untuk meneruskan semakan kehakiman terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pemaju hartanah Memang Perkasa Sdn Bhd, dengan Malton Berhad memegang 51 peratus kepentingan syarikat.

Desakan orang ramai supaya cadangan pembangunan di TRK, dihentikan tidak sekadar bimbang terhadap kesan ditimbulkan, tetapi juga gangguan kepada habitat fauna yang terdapat di situ. – BH Online

Tags: isu Taman Rimba Kiarapenduduk TTDI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd