• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuduhan Baru Tiada Kaitan 1MDB, Equanimity

oleh
08/08/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR… Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekali lagi ‘kantoi’ dakwa Datuk Seri Najib Tun Razak dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila tiada tuduhan baharu dikenakan.

Sebaliknya pertuduhan tambahan dihadapi oleh bekas Perdana Menteri itu di ibu negara hari ini hanyalah di bawah kes Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Perkara itu didedahkan Peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib apabila mendapati tiga tuduhan dikemukakan di Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur langsung tiada kaitan dengan isu 1MDB.

Beliau turut menegaskan bahawa pendakwaan juga tidak ada kena mengena dengan kapal mewah The Equanimity milik ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low yang tiba di Pelabuhan Klang, Selangor semalam.

Malah ketika mengulas isu itu dengan lebih lanjut, Muhammad Shafee berkata, pendakwaan hari ini hanya secara kebetulan dan tiada apa-apa hubungan pun dengan 1MDB atau isu kapal yang baru sampai dari Indonesia tersebut.

“Orang ramai mungkin anggap pertuduhan hari ini ada kaitan dengan kapal atau 1MDB, saya tegaskan perkara itu tidak ada kena mengena langsung,” katanya tenang ketika ditemui media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

The Equanimity didakwa pihak kerajaan PH kononnya adalah sebahagian daripada aset dibeli menggunakan dana 1MDB, namun pihak berkuasa antarabangsa masih memburu Jho Low yang dikatakan pemilik kapal mewah itu.

Kapal tersebut disita di Bali pada Februari lalu atas permintaan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat tetapi pada April lalu, mahkamah Indonesia memutuskan bahawa pemerintah Indonesia tidak boleh bertindak sedemikian.

Sebaliknya ia diarah perlu dikembalikan kepada pemilik asalnya. Bagaimanapun kerajaan Indonesia menyitanya sekali lagi pada Julai dan dihantar ke Malaysia atas permintaan kerajaan PH yang agak terdesak untuk dakwa Najib.

Pada 4 Julai lepas, Najib, 65, mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan sama melibatkan dana SRC International Sdn. Bhd. dalam pendakwaan berprofil tinggi dan dianggap berbaur politik dendam kerajaan PH. – Mynewshub.TV

Tags: 1MDBEquanimityShafee Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd