• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tubuh Siasatan Diraja Siasat Dakwaan Guan Eng

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia meminta kerajaan Pakatan Harapan (PH) memohon perkenan Yang di- Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) berkomplot merompak wang rakyat sebanyak RM19. 4 billion.

Ketuanya, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Suruhanjaya Siasatan Diraja itu perlu disegerakan bagi menyiasat dakwaan berkenaan dengan telus dan tanpa prejudis kerana tuduhan Guan Eng itu merupakan perkara yang sangat serius.

“Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat terkejut dan memandang serius kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan sewaktu perbahasan Rang Undang-Undang berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Dewan Rakyat pada hari semalam.

“Menteri telah mendakwa Kerajaan BN sebelum ini telah berkomplot MEROMPAK sejumlah RM19. 4 billion dari tabung “Input Tax Credit” GST yang bakal dikembalikan kepada perniagaan sejak 3 tahun pelaksanaan GST.

“Tuduhan ROMPAKAN atau KETIRISAN ini adalah suatu perkara yang amat serius kerana ia bukan sahaja melibatkan wang rakyat bahkan membabitkan integriti dan kompetensi ribuan kakitangan awam dan professional di dalam pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan sebagaimana dakwaan Menteri termasuklah Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan Audit Negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Asyraf berkata, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia percaya penubuhan Suruhanjayq Siasatan DiRaja itu amat penting kerana tuduhan ini dibuat oleh seorang anggota pentadbiran tertinggi kerajaan.

Kata beliau, tuduhan Menteri Kewangan itu juga melibatkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan yang boleh menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa.

“Rakyat juga berhak untuk mengetahui kebenaran mengenai perkara ini secara terbuka dan adil,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Asyraf Wajdi DusukiLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Fadzmel Fadzil membidas Lim Guan...

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO memainkan peranan utama dalam menyebabkan kekalahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di kerusi Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd