• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya

oleh
19/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan mula bergerak perlahan setakat pukul 6.00 petang ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata aliran trafik dilaporkan perlahan di beberapa kawasan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di bahagian utara menghala ke selatan iaitu Changkat Jering ke Kuala Kangsar, sebelum Terowong Menora ke Jelutong dan Ipoh ke Simpang Pulai.

“Turut dilaporkan perlahan menghala ke selatan ialah di Bidor ke Sungkai, Persimpangan Nilai ke Southville City, Pedas Linggi ke Port Dickson dan Simpang Renggam ke Sedenak .

“Trafik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) menuju ke Singapura dan sebaliknya juga dilaporkan sesak,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik dilaporkan perlahan di di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

“Trafik bergerak perlahan dari Plaza Tol Gombak ke Pantai Timur berikutan pertambahan jumlah kenderaan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Keadaan ini berlaku dipercayai berikutan ramai pihak sudah mula bersiap-siap untuk menyambut Hari Raya Haji yang jatuh pada Rabu ini.
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 bagaimanapun dilaporkan lancar di kedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Tags: aliran trafik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik menghala Pantai Timur dari Gombak ke Genting Sempah sesak anggaran 11 kilometer pagi ini. Jurucakap Lembaga...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd