• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Remaja Maut Apabila Motosikal Bertembung

oleh
31/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Tiga remaja maut selepas motosikal yang mereka tunggang bertembung di Jalan Simpang Lima-Parit Sulong di sini awal pagi tadi.

Mangsa, Muhamad Hamizi Isak, 18; Muhammad Fikri Zulhizir, 18; dan Hamirul Neeza Abdul Rahman Justin, 20, dilaporkan maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supt KS Mender Singh ketika dihubungi berkata kejadian dipercayai berlaku pada pukul 2 pagi apabila Muhamad Hamizi yang menunggang motosikal dari Parit Sulong menghala ke Batu Pahat, hilang kawalan lalu bertembung dengan motosikal ditunggangi Muhammad Fikri dari arah bertentangan.

Pertembungan itu menyebabkan seorang lagi penunggang iaitu Hamirul yang turut datang dari arah Parit Sulong tidak sempat mengelak lalu melanggar Muhamad Hamizi.

Akibat kejadian itu, ketiga-tiga mangsa masing-masing terpelanting ke bahagian kiri jalan, bahu kiri jalan dan tengah jalan. Kesemua kenderaan mereka pula remuk di bahagian depan dan kiri.

Mayat ketiga-tiganya kemudian dibawa ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses dokumentasi dan juga bedah siasat.

Menurut Mender, daripada siasatan awal, didapati lokasi kejadian adalah jalan yang agak gelap dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd