• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Polis Ditahan Disyaki Lakukan Samun Berkumpulan

oleh
16/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Tiga anggota polis ditahan kerana disyaki menyamun sebuah rumah didiami enam individu di sini tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Din Ahmad berkata anggota berpangkat sarjan yang bertugas di Terengganu dan dua konstabel yang bertugas di negeri ini ditahan kira-kira tiga jam kemudian selepas mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu yang berlaku 12.05 tengah malam.

“Perbuatan mereka amat menjijikan kerana tugas mereka sepatutnya melindungi orang awam dan bukan bertindak sebaliknya. Polis Diraja Malaysia tidak akan sesekali berkompromi dengan anggota sebegini dan perlu dikenakan tindakan tegas,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini.

Din berkata berdasarkan laporan mangsa, tiga anggota itu pergi ke sebuah rumah sewa didiami enam individu berusia antara 19 dan 41 tahun sebelum mengarahkan kesemua mereka menyerahkan dompet serta wang yang dimiliki.

“Selepas memperoleh sedikit wang ketiga-tiga mereka tidak berpuas hati dan membawa dua lagi mangsa ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mengeluarkan sebanyak RM2,000 lagi. Keseluruhan wang yang berjaya disamun adalah sebanyak RM2,710,” katanya.

Beliau berkata selepas laporan dibuat oleh mangsa, satu pasukan yang terbabit dalam Ops Cantas telah bertindak dan berjaya menahan seorang anggota berpangkat sarjan berdekatan Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di sini pada 2.30 pagi.

Katanya ketika ditahan berlaku pergelutan namun suspek berjaya ditahan dan polis turut merampas sepucuk pistol dan 10 butir peluru yang dikenal pasti milik PDRM.

“Susulan penahan suspek pertama, dua lagi suspek berjaya ditahan di Kubang Kerian di sini tidak berapa lama kemudian dan kesemua mereka kini direman mulai hari ini hingga 22 Ogos ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata siasatan mendapati ketiga-tiga suspek tidak menggunakan pistol untuk mengugut mangsa tetapi menunjukkan gari selain pistol yang terselit di pinggang bagi menakutkan mangsa. – BERNAMA

Tags: kes samun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd