• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Tolak F1 Kembali Ke Malaysia

oleh
02/08/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan perlumbaan Formula One (F1), yang kali terakhir dihoskan Malaysia tahun lepas, diadakan semula di negara ini.

“Mungkin,” katanya ketika ditanya pemberita sama ada pemasangan lampu limpah di sepanjang Litar Antarabangsa Sepang (SIC) boleh dilihat sebagai petanda perlumbaan berprestij itu akan kembali dianjurkan di SIC.

Beliau sebelum itu memandu kereta Ferrari di litar sepanjang 5.543 kilometer itu sebagai simbolik perasmian ‘Circuit Lights’ berkenaan di sini malam ini.

Dr Mahathir bagaimanapun menarik perhatian bahawa kadar pencahayaan lampu limpah yang lebih tinggi diperlukan sekiranya SIC mahu menjalankan perlumbaan pada sebelah malam.

“Kalau untuk F1 pencahayaan kena lebih terang sedikit sebab kadar pencahayaan sekarang tidak berapa cerah. Ia akan menyukarkan kerja-kerja penyiaran,” katanya.

Dr Mahathir berkata SIC berpotensi menjadi kota raya sukan permotoran dan sebagai platform untuk memajukan sukan permotoran di negara ini.

​​​​​​​“Sepang boleh menjadi kota raya sukan permotoran di mana setiap orang yang berminat dalam aktiviti seumpama itu atau kejuruteraan boleh datang ke sini dan belajar untuk maju dalam bidang ini,” kata beliau.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata terpulang kepada Kabinet untuk menentukan sama ada perlumbaan F1 akan diadakan semula di Malaysia. — BERNAMA

Tags: Grand Prix Formula Satu (F1)Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wajibkan Rumah Baharu Dipasang Internet

Next Post

Jualan Julai Proton Cecah 8,102 Unit, Tertinggi 30 Bulan

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

Next Post

Jualan Julai Proton Cecah 8,102 Unit, Tertinggi 30 Bulan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd