• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Praktikal Nelayan Tanam Nanas, Rambutan Di Kawasan Rumah

oleh Cj Mnh
16/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Agak mengejutkan apabila Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mencadangkan agar golongan nelayan mengusahakan tanaman nanas MD2 dan rambutan mutiara madu di kawasan rumah mereka memandangkan ia bukan sahaja tidak praktikal malah sukar dilakukan.

Demikian pandangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob yang pernah memegang jawatan Exco pertanian di negeri ini ketika era pentadbiran BarisanNasional (BN) dahulu.

“Tidak dinafikan bahawa kedua produk pertanian tersebut bernilai tinggi di pasaran terutama untuk dieksport ke luar negara. Namun begitu, adalah tidak masuk akal untuk menggesa para nelayan di negara ini mengusahakan tanaman nanas dan rambutan berkenaan di belakang rumah mereka. Ia langsung tidak praktikal.

“Kak Su tidak pasti sama ada Menteri Pertanian pernah melawat perkampungan nelayan dan melihat sendiri keluasan tanah di belakang rumah mereka atau tidak.

Tidakkah beliau tahu bahawa dengan luas tanah yang sangat kecil, setiap rumah mungkin hanya mampu menanam sekadar lima atau enam pokok nanas MD2 sahaja. Itu pun jika di belakang rumah sahabat-sahabat nelayan kita itu terdapat tanah terluang dan sesuai,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan Datuk Salahuddin Ayub dalam Dewan Rakyat baru-baru ini agar golongan nelayan mengusahakan nanas MD2 dan rambutan mutiara madu di tanah yang terdapat belakang rumah.

Kata Suraya, sebagai Menteri, beliau seharusnya menilai secara rasional sebelum mengajukan gesaan yang praktikal terhadap para nelayan.

“Kejayaan mengeluarkan lima atau enam biji nanas MD2 maka itu akan menambah pendapatan mereka? Meskipun nilai pasaran nanas MD2 berharga RM3 – RM3.50 sekilogram, berapakah nilai hasil untuk mereka nikmati dalam tempoh sekali tuai?

“Seharusnya Menteri Pertanian jelas bahawa tanaman nanas MD2 memberi pulangan hasil dalam tempoh satu tahun enam bulan dan “break even” daripada tiga hektar hingga lima hektar keluasan tanah. Paling utama, tanaman nanas hanya sesuai diusahakan pada jenis tanah yang tinggi kandungan mineralnya. Jenis tanah di kebanyakan kawasan perkampungan nelayan laut lebih sesuai ditanam pokok kelapa atau mangga, selain tanaman sayuran dalam pasu,” katanya.

Jelas beliau, nasib golongan itu perlu dibela sepenuhnya oleh kerajaan kerana kehidupan dan kepakaran mereka di laut yang pastinya terdapat peluang rezeki yang lebih luas di sana.

“Menteri Pertanian sepatutnya mengambil pendekatan lebih kreatif dan proaktif dalam memikirkan kaedah yang praktikal untuk membantu para nelayan, bukan dengan memberikan saranan yang tidak praktikal untuk menunjukkan keprihatinan beliau.

“Mungkin boleh diusahakan agar diringankan beban golongan nelayan dengan memperkenalkan insentif dan bantuan yang lebih strategik, efektif ekonomi dan sesuai dengan bidang perikanan seperti program sangkar ikan di persisir pantai, ternakan ikan air masin atau tawar, dan sebagainya. Pokok pangkalnya, siapa lagi yang hendak diharapkan untuk membantu golongan nelayan di negara ini jika bukan pihak kerajaan,” katanya.

Beliau juga berpesan agar menteri tidak terlalu asyik dengan retorik politik sebaliknya bekerja keras demi kemakmuran hidup golongan nelayan, petani, peladang dan penternak dalam menggalas amanah rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tags: nanasNelayanrambutan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perkasa Bakal Jadi Parti Politik Baharu?

Next Post

2 Datuk Didakwa Tipu Ahli Perniagaan Urusan Bauksit

Related Posts

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

Jari Tangan Kanan Peniaga Burger Putus Tersepit Mesin Pengisar Daging

Nelayan Didakwa Cabul Anak Luar Nikahnya Sendiri

16/11/2023
0

KOTA BHARU – Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dengan mencabul...

Next Post

2 Datuk Didakwa Tipu Ahli Perniagaan Urusan Bauksit

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd