Sample Page Title

SINGAPURA – Tiada caj perlu dijelaskan kepada Lapangan Terbang Seletar terhadap pesawat peribadi yang didakwa milik ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low yang diletakkan di lapangan terbang tersebut sejak tahun lalu, menurut Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG).

“Jet peribadi yang dipersoalkan itu diletakkan di hangar syarikat persendirian di Lapangan Terbang Seletar. Tiada caj yang dikenakan kepada Lapangan Terbang Seletar,” kata jurucakap CAG dalam jawapan e-mel kepada Bernama hari ini.

CAG diminta memberi respons kepada laporan media bahawa Lapangan Terbang Seletar telah meminta pembayaran caj tempat letak pesawat dijelaskan terlebih dahulu sebelum jet jenis Bombardier Global 500 berharga US$30 juta (RM122.5 juta) itu dibenarkan dibawa ke Malaysia.

CAG merupakan pengendali Lapangan Terbang Seletar.

Laporan dalam akhbar Malaysia, memetik sumber, berkata Lapangan Terbang Seletar telah menyatakan jumlah bayaran tersebut kepada pihak berkuasa Singapura susulan hasrat kerajaan Malaysia untuk memiliki pesawat itu.

Jet perbadi didakwa milik Jho Low itu dibeli menggunakan wang daripada syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Laporan akhbar itu menyebut Malaysia perlu mengeluarkan kos sekurang-kurangnya RM3.5 juta untuk membawa balik jet peribadi itu yang disita oleh pihak berkuasa Singapura pada tahun lalu.

Dilaporkan bahawa pesawat itu adalah sebahagian daripada aset bernilai US$1 bilion yang didakwa diperoleh dengan penyelewengan dana 1MDB. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...