• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TFC Mula Langkah Kanan Saingan Piala Malaysia

oleh
05/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara 2001, Terengganu FC (TFC) memulakan kempen Piala Malaysia 2018 dengan langkah kanan setelah melakar kemenangan selesa 5-1 ke atas Kuala Lumpur pada aksi sulung Kumpulan A di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Pemain import dari Ivory Coast, Brice Hermann Tchetche Kipre muncul wira skuad Penyu apabila meledak jaringan hatrik pada minit ke-25, ke-55 dan ke-72, selain dua gol daripada Lee Andrew Tuck pada minit ke-44 dan Igor Zonjic pada minit ke-63.

Kuala Lumpur meraih gol sagu hati menerusi Zaquan Adha Abdul Radzak pada minit ke-84.

Pada satu lagi aksi Kumpulan A, juara tujuh kali Perak gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri tanpa jaringan menentang naib juara Liga Premier, Felcra FC di Stadium Perak, Ipoh.

Wakil Perak, PKNP FC pula membuat kejutan setelah menang bergaya 3-0 ke atas juara 33 kali, Selangor di Stadium Shah Alam dalam aksi Kumpulan D.

Tiga gol pasukan pelawat dijaringkan Hafiz Ramdan pada minit ke-23, Fandi Ahmad (minit ke-32) dan Ritus Krjauklis pada minit ke-62.

Terdahulu, PKNP FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah pemain pertahanannya, Ahmad Azraei Omar dilayangkan kad merah oleh pengadil, Mohammad Zamzaidi Katimin kerana mengutip kad kuning kedua pada babak kedua perlawanan.

Dalam pada itu, juara Piala FA Pahang yang muncul juara empat kali Piala Malaysia, gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 1-1 menentang Sabah di Stadium Darul Makmur, Kuantan dalam satu lagi aksi Kumpulan D.

Penyerang import dari Nigeria, Austin Iwuji Amutu terlebih dahulu menjaringkan gol untuk skuad Tok Gajah pada minit ke-45 sebelum Sabah menyamakan kedudukan, selang seminit kemudian hasil jaringan Hector Omar Ramos Lebron. – BERNAMA

Tags: Piala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

Padang Rosak Stadium Nasional Tak Banyak Berubah

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil tampak tidak banyak berubah ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd