• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terpulang Kepada Jawatankuasa Disiplin PKR Ambil Tindakan

oleh
14/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyerahkan kepada Jawatankuasa Disiplin PKR bagi mengambil tindakan terhadap anggota parti yang menyerang peribadi anggota lain semasa berkempen pada pemilihan parti itu.

Anggota Parlimen Gombak itu berkata serangan tersebut bukan hanya melibatkan masalah disiplin semata-mata tetapi juga mengenai kewibawaan seseorang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin parti.

“Saya serahkan kepada Jawatankuasa Disiplin sama ada dalam PKR atau Pakatan Harapan (PH) untuk melihat apa bentuk tindakan yang wajar diambil.

“Namun, saya percaya ini bukan masalah disiplin sahaja tetapi ini isu kewibawaan seseorang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin dalam mana-mana parti,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin hari ini, mahu parti itu mengambil tindakan terhadap anggota parti yang sudah melanggar batas, berkempen menyerang peribadi lawan sehingga membabitkan pihak tiada kena mengena dengan parti.

Menurut Zuraida, kempen bersifat peribadi itu sudah melampau kerana melibatkan parti komponen dalam PH.

Sementara itu, Azmin menasihatkan semua anggota PKR dan juga parti-parti dalam PH untuk memberikan tumpuan kepada agenda membantu rakyat melebihi agenda peribadi.

Beliau berkata rakyat telah memberikan mandat besar untuk kerajaan PH bagi melakukan agenda reformasi dan memenuhi aspirasi mereka.

“Maka saya mengajak semua pimpinan dan anggota (PH) meletakkan agenda besar ini mengatasi kepentingan individu dan peribadi mana-mana pihak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azmin AliPemilihan PKR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Teruskan Rebat Bil Elektrik RM20 Ke Bawah

Next Post

Tengkuk Lebam Ditampar Guru

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

Next Post

Tengkuk Lebam Ditampar Guru

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd