Thursday, June 13, 2024

Creating liberating content

[TIDAK RASMI] Che Lah...

TUMPAT : Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah...

4 Julai: Tarikh Lihat...

KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya...

“Memang Nombor Akaun Bank...

PIHAK pengurusan Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah mengesahkan nombor akaun CIMB Bank yang tular...

Penggali Kubur Terima Anugerah...

PUTRAJAYA - Penggali kubur Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Gombak, Roslee...

Tamrin Ghafar Dilepas, Dibebas Tuduhan Akta Hasutan

PETALING JAYA – Ahli PAS yang juga bekas ahli Parlimen Batu Berendam, Mohd Tamrin Abdul Ghafar menarik nafas lega selepas dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan pada satu ceramah, enam tahun lalu.

Mohd Tamrin, 70, tersenyum di dalam kandang tertuduh sebaik sahaja keputusan itu dibuat oleh Hakim Azwarnida Affendi terhadapnya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Zaki Ashraf Zubir memaklumkan mahkamah pihaknya menarik balik pertuduhan terhadap Mohd Tamrin.

Dalam prosiding itu, peguam Eric Paulsen mewakili Mohd Tamrin kemudian memberitahu mahkamah anak guamnya itu wajar dilepaskan memandangkan pihak pendakwaan sudah tidak berminat untuk meneruskan kes dihadapi anak guamnya.

Mengikut pertuduhan, Mohd Tamrin didakwa memberikan ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata yang menghasut di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi di sini antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.


Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah Mohd Tamrin memberitahu dia berasa bersyukur dan lega kes yang berjalan hampir lima tahun ini selesai.

“Saya percaya bahawa pemerintahan kerajaan baharu pada masa kini memberikan peluang kepada semua pihak untuk bebas bersuara,” katanya. – BH Online

Kategori