• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Boleh Jalan Jauh, Stress – Mamat Khalid

oleh
02/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGARAH filem Hantu Kak Limah, Mamat Khalid menjelaskan dia kini masih menerima rawatan susulan selepas serangan jantung tahun lalu.

Kata Mamat, 55, dia dinasihatkan tidak melakukan kerja berat selain mengelakkan diri daripada berdepan tekanan.

“Saya sangat sakit, saya sakit jantung. Saya tak boleh jalan jauh dan momen saya sangat terhad.

“Setakat ini rawatan masih diteruskan dan berulang-alik ke hospital. Selebihnya, masa saya dihabiskan di rumah untuk berehat.

“Doktor juga menasihati saya untuk mengelakkan diri daripada stress dan syukur Alhamdulillah, perjalanan filem Hantu Kak Limah sangat lancar,” katanya kepada Gempak.

Mamat pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor tahun lalu selepas mengadu sesak nafas.

Ditemui pada malam tayangan perdana filem Hantu Kak Limah di e@Curve, Damansara baru-baru ini, pengarah itu memberitahu urusannya menjadi lebih mudah dengan bantuan pelakon dan kru produksi.

“Kita perlu buat sampai dapat dan dalam tempoh 10 bulan saja Hantu Kak Limah siap ke panggung.

“Malah, dua minggu lalu saya sendiri ke Bangkok, Thailand untuk proses akhir suntingan Hantu Kak Limah.

“Ini antara pencapaian terbaik produksi dan pelakon yang sangat memahami,” tambahnya.

Hantu Kak Limah yang terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold bakal bertemu penonton pada 9 Ogos ini.

Meneruskan francais Kampung Pisang yang keempat, filem itu dilakonkan oleh Datuk Awie, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Delimawati, TJ Isa dan Arwahyarham Rab Khalid.

Selain itu, Hantu Kak Limah menampilkan beberapa selebriti terkenal iaitu Erra Fazira, Jue Aziz, Datuk Seri Vida, Mus may dan Sabri Yunus. – AstroGempak 

 

Tags: Hantu Kak LimahMamat Khalid
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rela Nafi Potong Elaun Semua Ahlinya

Next Post

Polis Gempur Sarang Dadah, 106 Diberkas

Related Posts

Galeri Seni Ilham Mamat Khalid Bakal Direalisasikan Di Ipoh

29/10/2021
0

TAPAH - Sebuah galeri seni bakal diwujudkan di kawasan Kampung Kuchai di Ipoh bagi merealisasikan rundingan dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)...

Mamat Khalid Meninggal Dunia

25/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Penerbit dan pengarah tersohor, Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River 12.30 pagi tadi. Khabar...

Next Post

Polis Gempur Sarang Dadah, 106 Diberkas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd