• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rela Nafi Potong Elaun Semua Ahlinya

oleh Cj Mnh
02/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menafikan dakwaan akan memotong elaun semua anggotanya susulan penularan satu surat di media sosial mengenai penamatan penugasan kawalan keselamatan di Pusat Khidmat Komuniti Rela (PKKR) di seluruh negara.

Rela dalam kenyataan hari ini berkata penugasan rondaan tersebut hanya dilaksanakan di 98 PKKR seluruh negara melibatkan 294 anggota yang dibayar elaun bertugas.

“Penamatan penugasan PKKR tersebut dibuat setelah penilaian semula terhadap semua penugasan jabatan yang dilaksanakan pada pertengahan tahun. Penilaian merangkumi aspek keperluan penugasan dan kedudukan kewangan semasa jabatan,” katanya.

Rela berkata penamatan penugasan rondaan PKKR juga tidak melibatkan penugasan lain yang masih berjalan seperti biasa.

“Ia juga tidak menjejaskan operasi PKKR yang akan terus beroperasi seperti sediakala,” katanya.

Menurut Rela, penugasan rondaan keselamatan di PKKR diwujudkan sejak Januari 2017 untuk membantu memelihara keselamatan setempat dan ia bersifat sementara.

Bermula Januari tahun ini, jabatan itu juga telah melaksanakan rondaan keselamatan secara sukarela di 157 daerah seluruh negara, katanya.

“Rondaan secara sukarela itu selaras dengan hasrat jabatan untuk menghidupkan semula semangat kesukarelaan dalam kalangan anggota Rela,” katanya. – BERNAMA

Tags: Anggota RelaElaun
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

Kerajaan Naikkan Elaun 43,595 Pelajar Tajaan JPA – Anwar

Kerajaan Naikkan Elaun 43,595 Pelajar Tajaan JPA – Anwar

13/06/2023
0

PUTRAJAYA : Kerajaan bersetuju menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi peringkat persediaan hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd