• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syor Laluan Ketiga Johor-Singapura Diteliti

oleh Cj Mnh
30/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor dalam usaha meneliti dan membuat perancangan awal untuk membina laluan ketiga dari kawasan Timur Johor (Pengerang) ke Pulau Ubin, Singapura dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, berkata beliau sudah berbincang dengan sebuah syarikat pelabur semalam mengenai cadangan pembinaan laluan ketiga berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri akan menyiapkan cadangan berhubung pembinaan laluan ketiga berkenaan sebelum dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan kebenaran.

“Jika kita lihat, kedudukan Timur Johor sekitar Pengerang terletak tidak jauh dengan Pulau Ubin di Singapura iaitu kira-kira tiga kilometer sahaja, selain kawasan itu yang sedang membangun dengan fasa kedua dan ketiga projek DIALOG Petronas.

“Kita juga berbincang mengenai pelaksanaan sistem baharu di laluan ketiga ini iaitu urusan dokumentasi (pasport) berpusat antara Malaysa-Singapura hanya sekali seperti dilaksanakan negara lain seperti di Perancis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian pecah tanah pembinaan laluan persimpangan jalan raya di Gerbang Nusajaya di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UEM Sunrise Berhad, Anwar Syahrin Abdul Ajib.

Osman berkata, perbincangan mengenai perkara itu akan diteruskan membabitkan beberapa agensi dan pihak berkaitan termasuk Pejabat Pembangunan Negeri (ICU).

“Perbincangan juga akan membabitkan bersama pihak Singapura terutama dari segi reka bentuk pembinaan yang mungkin akan disambungkan menerusi laluan terowong bawah laut di Pulau Ubin.

“Kerajaan negeri sentiasa memikirkan sesuatu untuk rakyat negara ini yang berulang-alik dari Johor ke Singapura untuk bekerja dan lihat laluan sedia ada pada hari ini yang padat dan sesak,” katanya. – BH Online

Tags: kesesakan lalu lintaslaluan ketiga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kaedah Kurangkan Kesesakan Lalu Lintas Diputuskan Dalam Masa Terdekat

24/05/2022
0

Kuala Lumpur : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat kajian terperinci bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota....

Jalan Sesak Orang Ramai Mula Pulang Ke Ibu Kota

04/05/2022
0

PETALING JAYA – Ribuan pengguna jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan terpaksa menempuh kesesakan yang luar biasa ketika ini ekoran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd